Berita Harian

Bolasie mungkin direhatkan setahun

-

London: Tonggak Everton, Yannick Bolasie mungkin disisihkan selama setahun selepas pengurus, Ronald Koeman mengakui kecederaan yang dialami pemain sayap itu jauh lebih buruk berbanding jangkaan.

Bolasie yang dibeli Everton dengan nilai rekod kelab, £30 juta (RM167.05 juta) pada awalnya dijangka tersisih bagi keseluruha­n musim ini selepas mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) ketika kelab itu seri 1-1 dengan Manchester United, minggu lalu.

Selepas ujian di Finch Farm, dia disahkan tidak akan beraksi bagi keseluruha­n musim ini namun apabila diuji lebih lanjut, pemain kelahiran Perancis itu berkemungk­inan tidak akan memperoleh kembali kecergasan penuh sehingga penghujung 2017.

Cedera ACL

Everton berharap Bolasie akan menjalani pembedahan pada minggu depan dan sudah menemui dua pakar untuk menentukan rawatan yang boleh diberikan terhadap kecederaan dihadapiny­a.

“Kecederaan yang dialami oleh pemain itu amat serius. Dia menjalani ujian imbasan pada Isnin dan berdasarka­n imbasan itu ia menjadi jelas yang ia adalah ACL.

“Mungkin ada sesuatu di lututnya namun mereka perlu mengawalny­a dan menjalanka­n imbasan sekali lagi. Ia adalah kekecewaan yang amat, amat besar.

“Kehilangan yang besar buat semua orang. Pertama kepada pemain, kemudian rakan sepasukann­ya dan keseluruha­n kelab. Dia pemain yang penting dan ia adalah kecederaan jangka panjang.”

Everton dijadual bertemu Watford di laman lawan bagi pertembung­an Liga Perdana Inggeris, malam ini.

 ??  ?? Bolasie (depan kanan) berkemungk­inan tidak akan memperoleh kembali kecergasan penuh sehingga penghujung 2017.
Bolasie (depan kanan) berkemungk­inan tidak akan memperoleh kembali kecergasan penuh sehingga penghujung 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia