Berita Harian

Ronaldo terpaksa isytihar pendapatan

-

Madrid: Cristiano Ronaldo menyiarkan rekod kewanganny­a, semalam yang menyaksika­n bintang Real Madrid itu mengisytih­arkan pendapatan lebih 225 juta Euro (RM1.056 billion) pada 2015 dalam usaha mengelak tuduhan penipuan cukai.

Sebuah konsortium organisasi media antarabang­sa mendakwa hasil kebocoran data yang besar membabitka­n 18 juta dokumen, menunjukka­n kapten skuad kebangsaan Portugal itu menyembuny­ikan 150 jura euro (RM704.16 juta) yang diperoleh daripada hak imejnya di Kepulauan Virgin British.

Begitupun, pemain berusia 31 tahun itu kemudian mendedahka­n perincian mengenai pendapatan­nya pada 2015 yang sudah pun diserahkan kepada pihak berkuasa cukai di Sepanyol.

Prosedur terbabit yang dikenali sebagai ‘Model 720’ dan dipercayai dibentangk­an kepada bos-bos cukai pada bulan Mac lalu menunjukka­n Ronaldo memperoleh 203.7 juta euro (RM956.25 juta) di luar Sepanyol dan 23.5 juta euro (RM110.32 juta) di negara terbabit.

Tidak pernah elak cukai

“Dokumen itu mengesahka­n yang Agensi Cukai Sepanyol mengetahui segala aset dan pendapatan Cristiano Ronaldo,” kata kenyataan yang dikeluarka­n syarikat pengurusan­nya Ronaldo, Gestifute.

“Seperti yang dilaporkan beberapa hari lalu, pemain ini sedar dengan tanggungja­wab cukai sejak awal karier profesiona­lnya bermula di semua negara yang pernah didiaminya dan tidak akan berdepan sebarang isu dengan pihak berkuasa cukai di negara-negara terbabit.

“Komunikasi ini, yang tidak memerlukan peruntukan undang-undang, adalah bukti yang tidak dapat disangkal mengatakan Cristiano Ronaldo dan wakil-wakilnya mempunyai niat yang baik dan bekerjasam­a dengan pihak berkuasa dengan semangat ketelusan dan patuh undangunda­ng.

“Awal pagi Khamis lalu, Ronaldo tampak sudah bersedia serta yakin dia tidak melakukan sebarang kesalahan. “Kamu percaya yang saya bimbang? Sesiapa yang tidak mempunyai kesalahan, tidak akan takutkan apa-apa,” kata Ronaldo ketika menjawab soalan mengenai situasi terbabit oleh televisyen Portugal, RTP.

Rabu lalu, Real turut melahirkan sokongan mereka terhadap pemainnya itu. “Real Madrid mahukan rasa hormat yang maksimum terhadap pemain seperti Cristiano Ronaldo, yang mana sikapnya menjadi contoh sepanjang masanya bersama kelab ini,” kata Real dalam satu kenyataan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia