Berita Harian

Real Madrid sedia pertahan rekod tanpa kalah

-

Madrid: Real Madrid mampu mengekalka­n rekod tanpa kalah dalam 35 perlawanan apabila Deportivo la Coruna bertandang ke Santiago Bernabeu, awal pagi esok.

Kali terakhir kunjungan Deportivo ke Real adalah ketika perlawanan pertama ketika Zinedine Zidane kembali pada awal Januari untuk membelasah Galicians 5-0, ia adalah sesuatu petanda positif buat warga Perancis itu selaku jurulatih senior.

Madrid tidak pernah kalah sejak April, memenangi Liga Juara-juara, Piala Super UEFA dan mendahului enam mata di depan Barcelona dalam La Liga.

“Kamu harus mengucapka­n tahniah kepada pemain,” kata Zidane dengan nada rendah diri selepas Madrid terpaksa berpuas hati untuk melangkah ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-juara di belakang Borussia Dortmund pada Rabu.

“Mereka adalah orang yang berada di padang, yang perlu berjuang dan berlari.”

Sentiasa optimis

Los Blancos akan mencari penamat sempurna dalam kempen La Liga untuk 2016 kerana mereka menuju ke Piala Dunia Kelab di Jepun.

Bagaimanap­un, Deportivo melakar kejutan apabila menewaskan Real Sociedad, 5-1 pada awal pagi Selasa untuk mencatat kemenangan pertama sejak awal Oktober dan keluar dari proses zon penyingkir­an.

“Saya sentiasa optimis dan saya ke sana dengan harapan untuk mendapatka­n sesuatu daripada perlawanan itu,” kata boss, Deportivo, Gaizka Garitano.

“Kami mungkin berada dalam keadaan terdesak namun kami tidak akan ke Bernabeu hanya untuk membentuk nombor,”

Madrid tidak berada dalam kekuatan penuh dengan ketiadaan Gareth Bale.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia