Berita Harian

Mourinho lega MU bangkit

Menang ke atas Zorya Luhansk untuk mara pusingan 32

-

Pengendali Manchester United, Jose Mourinho gembira dengan kejayaan pasukan itu mencatat kemenangan 2-0 ke atas Zorya Luhansk sambil memuji aksi Dominan The Reds dalam saingan Liga Europa.

Skuad Jose Mourinho melangkah ke pusingan 32 pasukan terakhir Liga Europa selepas mencatatka­n kemenangan awal pagi semalam.

Henrikh Mkhitaryan memecah kebuntuan selepas rehat, meledak gol sulungnya sebelum Zlatan Ibrahimovi­c meraih gol kedua lewat permainan.

“Kami bermain dengan baik ... satu ketika beraksi dengan teruk dan mendapat keputusan buruk, yang membunuh keyakinan, sukar untuk menanganin­ya. Bila kamu bermain dengan baik, kamu hanya perlu menanti keputusan baik datang.

“Secara realiti tiada sesiapa lebih baik daripada kami (dalam beberapa minggu kebelakang­an ini), walaupun kami mempunyai keputusan yang mengecewak­an dan dengan menggunaka­n ‘otak’ pemain, itu yang memainkan peranan.”

Kemaraan selesa

“Kami mendapat bola, kami mengawalny­a, pertahanan mereka baik dan melancarka­n serangan balas serta mendapat sepakan percuma, tapi kami dominan. Jika kamu melihat kepada angka, kami adalah pasukan yang berhak menang. Tetapi saya akur mereka bagus untuk berikan kami perlawanan yang sukar.

United hanya memerlukan satu mata untuk memastikan kemaraanny­a dalam Kumpulan A namun jaringan Mkhitaryan pada minit ke-48 dan gol lewat Zlatan Ibrahimovi­c sudah cukup selesa mengesahka­n United di tempat kedua kumpulan di belakang Fenerbahce.

“Ia jaringan paling lama ditunggu. Sasaran saya seterusnya ialah berada di Old Trafford kerana saya mahu menjaringk­an gol di gelanggang sendiri,” kata Mkhitaryan, yang sebelum ini bermain di Ukraine untuk kelab Shakhtar DONETSK.AGENSI

Kumpulan B

 ??  ??
 ??  ?? Pemain Man United merai kemenangan ke atas Zorya Luhansk,kelmarin.
Pemain Man United merai kemenangan ke atas Zorya Luhansk,kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia