Berita Harian

Tunas Restu yakin bakat Amirul

Penaja utama 7Cafe Drift Team percaya pelumba itu mampu muncul sekurang-kurang tempat ketiga keseluruha­n terbaik

- Oleh Haika Khazi

Syarikat pengeluar kopi berasaskan herba tunjuk langit dan pegaga, Tunas Restu Management Sdn Bhd (Tunas Restu) kini menjadi penaja utama pasukan 7Cafe Drift Team (7Cafe) yang bakal menyertai Suzuka Drift Challenge 2016 di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang, esok.

Pengarah Urusan, Tunas Restu, Muhammad Saifulliza­n Abu Bakar, berkata pihaknya terpanggil menaja pelumba pasukan 7Cafe iaitu Muhamad Amirul Asraf Mohmad Taufek kerana melihat potensi dan bakat semula jadi yang ada dalam diri anak muda terbabit.

Saifulliza­n berkata pihaknya berharap langkah syarikat itu akan membuka mata banyak pihak untuk menaja anak muda Malaysia yang terbabit dengan sukan permotoran terutama drift.

"Sebenarnya ramai anak muda yang berminat dengan sukan permotoran di Malaysia, namun mereka tidak boleh pergi lebih jauh kerana kos bagi menyertai perlumbaan sama ada bertaraf kebangsaan mahu pun antarabang­sa adalah tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Yakin muncul juara

"Oleh itu saya berharap Amirul akan melakukan yang terbaik dan sekurang-kurangnya mendapat tempat ketiga keseluruha­n perlumbaan Suzuka Drift Challenge 2016 di Litar Batu Kawan, esok sekali gus membuktika­n kepada rakyat Malaysia bahawa sukan drift adalah selamat dan semakin mendapat tempat di negara ini" katanya kepada pemberita di majlis penyerahan tajaan di sini, kelmarin.

Amirul ketika ditemui pula berkata, dia yakin mampu muncul juara perlumbaan Suzuka Drift Challenge 2016 di Litar Batu Kawan, esok.

Sasaran itu bukan satu perkara mustahil kerana sebelum ini Amirul pernah memenangi beberapa perlumbaan drift sama ada di dalam mahu pun luar negara seperti di Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Indonesia dan Thailand, selain Melaka, Johor Bahru dan Selangor.

Pelumba berusia 21 tahun berasal dari Kuala Kangsar, Perak itu juga berkata dia pernah menduduki tempat ketiga di perlumbaan drift antarabang­sa termasuk Federal Tyres King of Asia di Serdang Selangor, pada tahun lalu.

 ?? [FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH] ?? Muhammad Saifulliza­n (kiri) bersama Amirul Ashraf pada majlis penyerahan tajaan, kelmarin.
[FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH] Muhammad Saifulliza­n (kiri) bersama Amirul Ashraf pada majlis penyerahan tajaan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia