Berita Harian

Malaysia kena lanyak teruk

- - Oleh Naqib Nor Said

Kuala Lumpur: Malaysia membuka kempen Piala Dunia Hoki Remaja 2016 dengan langkah kiri apabila dilanyak teruk 7-2 oleh Belanda di Stadium Major Dhyan Chand, Lucknow, India semalam.

Justeru, skuad bimbingan Wallace Tan itu kini tiada pilihan selain harus bangkit menundukka­n Mesir - yang tewas kepada Belgium 0-4 - pada pertemuan kedua Kumpulan B, esok sekiranya masih berhajat ke suku akhir.

Status Belanda sebagai pasukan pilihan di samping pemenang tempat ketiga pada edisi tiga tahun lalu meletakkan skuad The Oranje itu dalam kelas tersendiri.

Igauan buruk Malaysia bermula seawal minit ke-20 apabila anak didik Eric Verboom berjaya merobek gawang Zaimi Md Deris menerusi tolakan mudah Thijs van Dam selepas tiga pertahanan negara terperangk­ap dengan hantaran Jorrit Croon.

Belum sempat skuad negara menyusun semula rentak, ketua pasukan, Thierry Brinkman yang mensia-siakan peluang pada awal permainan menambah jaringan kedua Belanda 10 minit kemudian.

Gol berkenaan juga menjadi pencetus kepada kecederaan yang menimpa pakar flick negara, Syed Mohd Syafiq Syed Cholan yang terpaksa diusung keluar selepas terkena pukulan sudut penalti Terrance Pieters sebelum disambar Brinkman yang melakukan percubaan susulan menerjah ke gawang negara.

Tidak terhenti di situ, kali ini giliran Bram van Groesen pula memanfaatk­an pukulan sudut penalti pada minit ke-33 untuk memastikan Belanda menuju ke bilik persalinan dengan membawa bekalan selesa 3-0.

Pada babak kedua, skuad kendalian Wallace Tan tampak terus kehilangan arah apabila melepaskan gol keempat yang dijaringka­n Terrance sebelum Daniel Aarts (m-44), Croon (m-49) dan van Groesen (m-63) melengkapk­an pesta gol Belanda.

Ketika Belanda terus ghairah membolosi gawang negara, Muhammad Hafiizuddi­n Zaidi dan Amirol Aideed Md Arshad berjaya menghadiah­kan gol sagu hati buat kem negara pada minit ke-59 dan 65.

Kumpulan B

Belgium... Mesir...

2 Belanda... 7 Kumpulan C

Sepanyol... Jepun... Jerman... New Zealand...

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia