Berita Harian

PBBNT mahu kerajaan negeri bina gelanggang di Gong Badak

- Oleh Faizul Azlan Razak

Kuala Nerus: Persatuan Bola Baling Negeri Terengganu (PBBNT) mengharapk­an kerajaan negeri menyediaka­n peruntukan RM500,000 untuk pembinaan gelanggang berbumbung di negeri ini.

Presiden PBBNT, Che Mansor Salleh, berkata pihaknya tidak memiliki kemudahan sempurna sebaliknya hanya menumpang dewan untuk menjalani latihan.

Beliau berkata, pihaknya memang menghadapi kesulitan untuk melakukan persiapan awal membentuk pasukan setiap kali mahu menyertai kejohanan.

"Saya mahukan kerajaan negeri membina sebuah gelanggang berbumbung di Kompleks Sukan Gong Badak dengan kos dianggarka­n bernilai RM500,000.

Gelanggang tak sempurna

"Sekalipun kita menghadapi masalah ketiadaan gelanggang latihan yang sempurna, tapi kita mampu mencipta kejayaan termasuk melahirkan pemain berbakat.

"Saya yakin, dengan adanya kemudahan dan gelanggang yang sempurna, lebih ramai pemain dilahirkan untuk mewakili negeri dan negara," katanya selepas perasmian Kejohanan Bola Baling Kebangsaan 2016 di Quinara Alsafir Resort, di sini, semalam.

Majlis perasmian kejohanan lima hari di Stadium Tertutup Gong Badak disempurna­kan Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar, Dr Rozailan Mamat@ibrahim. Turut hadir Pengarah Urusan CVE Sport, Paudzi Mohamad.

Ditanya sasaran kejohanan itu, Che Mansor berkata pihaknya menyasarka­n pasukan lelaki dan wanita muncul juara kerana ia adalah anjuran julung kali oleh PBBNT.

"Kita memang menaruh harapan untuk muncul juara dan pemain harus mengambil peluang bermain di tempat sendiri.

"Malah, kedua pasukan memiliki kekuatan tersendiri dengan gabungan pemain senior dan pelapis. Kita harap kehadiran dua pemain, Mohd Nor Hakimi Mohd Zawawi dan Mohd Shahrol Eddie Md Non yang bermain dalam Liga Bola Baling India mampu membantu pasukan," katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia