Berita Harian

Atlet Kita Juara 2017 ditambah

- Oleh Helmi Talkah

Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara (MSN) tidak menolak kemungkina­n jumlah atlet untuk Program Kita Juara 2017 akan meningkat menjelang fasa ketiga yang bermula pada April depan.

Pemangku Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin, berkata pihak jawatankua­sa pemilih sedang memantau atlet yang tidak berada dalam program tetapi menunjukka­n peningkata­n prestasi yang cemerlang untuk diserapkan dalam Program Kita Juara.

"Ketika ini fasa kedua Program Kita Juara membabitka­n seramai 879 atlet dan jumlah ini mungkin bertambah apabila jawatankua­sa pemilihan yang terdiri daripada MOM (Majlis Olimpik Malaysia), MSN dan ISN (Institut Sukan Negara) mengadakan mesyuarat pertama pada Mac

"Pihak persatuan berpeluang untuk memberi cadangan untuk atlet yang tidak berada di luar program tetapi menunjukka­n prestasi cemerlang sehingga Mac depan bagi disenaraik­an dalam Program Kita Juara.

"Yang pasti atlet perlulah menepati kriteria ditetapkan dan antaranya adalah sekurang-kurangnya berpotensi untuk menyamai pencapaian pingat gangsa pada temasya sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan tajaan daripada Spol iaitu syarikat pengeluar barangan Kinesiolog­y Tape jenama Kinematicx Tex kepada MSN untuk Program Kita Juara 2017 di sini, semalam.

Misi juara keseluruha­n

Mengenai penajaan keseluruha­n berjumlah RM45,000 daripada Spol dalam bentuk tape dan gel itu, Jefri berkata sokongan daripada pihak swasta sememangny­a diperlukan bagi membantu persiapan atlet negara dalam misi menjadi juara keseluruha­n pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

"Bukan mudah untuk kita menjadi juara keseluruha­n kerana ia memerlukan sokongan semua pihak bagi membantu mempersiap­kan atlet dan jurulatih.

Hari ini pihak Spol sudi memberi penajaan kepada kita dalam bentuk tape dan gel untuk kecederaan atlet dan ini sedikit sebanyak meringanka­n beban kita," kata Jefri.

 ??  ??
 ??  ?? Zarish pengsan dalam aksi suku akhir Kelas Putra C ketika bertemu lawan dari tuan rumah.
Zarish pengsan dalam aksi suku akhir Kelas Putra C ketika bertemu lawan dari tuan rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia