Berita Harian

Kedah uji pemain import dari Korea

- Oleh Izzali Ismail

Alor Setar: Kedah sedang menguji seorang pemain import, Kim Sung Hyun dari Korea Selatan bagi mengisi posisi pertahanan tengah menggantik­an Bang Swung Hwan yang tidak dilanjutka­n kontrak untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pemain terbabit yang beraksi dengan Suwon FC di Liga Korea tiba di sini, 7 Disember lalu dan menjalani latihan bersama pemain skuad Helang Merah di Padang Sintetik Peremba, sejak kelmarin.

Sesi latihan itu hanya dikendalik­an oleh jurulatih kecergasan Kedah, Stefano Impagliazz­o dari Brazil.

BH Sukan difahamkan Seong Setiausaha Kehormat KFA Hyun bakal diuji dalam satu perlawanan persahabat­an pra-musim antara Kedah dan Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC di Stadium Darul Aman pada 13 Disember ini.

Menurut sumber Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), pemain itu hanya akan diikat jika lulus dalam semua ujian yang dilaluinya itu.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar, berkata pencarian pemain import terutama untuk posisi pertahanan tengah dan penyerang masih dilakukan bagi mengharung­i Liga M musim depan.

“Kami memutuskan mengekalka­n pemain import tengah, Sandro Da Silva dari Brazil dan Liridon Krasniqi (Kosovo), tetapi tidak melanjutka­n kontrak Swung Hwan dan penyerang, Shane Edward Smeltz.

“Bagi pemain tempatan pula, kami melanjutka­n kontrak setahun lagi bagi Mohd Rizal Ghazali, Mohd Syazwan Zainon, Mohd Ifwat Akmal, Abdul Hadi Abdul Hamid dan Mohd Raphi Azizan,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan pemain muda Kedah yang beraksi pada musim ini masih mempunyai kontrak dikekalkan untuk memperkuat­kan pasukan dan mereka dibantu pemain baharu Akram Mahinan dari Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dan Fitri Omar dari Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia