Berita Harian

Lima pemain MU ikut jejak Mat Zan

- Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka: Lima pemain Melaka United (MU) musim ini menyertai bekas jurulatih skuad itu, Mat Zan Mat Aris yang berhijrah ke Petaling Jaya Rangers FC yang sebelum ini dikenali Airasia FC bagi mengharung­i cabaran Liga FAM, musim depan.

Pengendali kelab itu, Mat Zan yang mengesahka­nnya semalam berkata, lima pemain terbabit menyertain­ya dengan pilihan sendiri.

Katanya, walaupun ada di antara pemain terbabit termasuk dalam senarai perancanga­n MU musim depan, mereka tetap mahu berhijrah ke Petaling Jaya Rangers.

“Saya tidak menduga pemain berkenaan masih mahu bersama saya. Pemain terbabit ialah Mohd Saiful Mustapha, See Kok Luen, Afiq Azuan dan Iskandar Zulkarnain yang juga pernah bersama MU ketika menjuarai Liga Perdana 2015.

Bentuk pasukan

“Saya anggap kehadiran mereka amat bermakna bagi membolehka­n saya membentuk pasukan yang berwibawa dalam saingan Piala FAM musim depan,” katanya.

Mat Zan berkata, Petaling Jaya Rangers juga mendapat khidmat beberapa pemain berpengala­man bagi memperkuat jentera skuad terbabit.

“Apapun, masih terlalu awal untuk saya menyatakan pasukan itu sudah bersedia mengharung­i Liga FAM musim depan kerana banyak perkara yang perlu dilakukan untuk membentuk persefaham­an mantap.

“Apa yang penting semangat tinggi pemain yang membarisi skuad terbabit memberi impak yang amat besar terhadap persembaha­n pasukan dalam misi mara ke Liga Perdana 2018,” katanya.

Mat Zan berkata, beliau akan menguji pemain terbabit dalam perlawanan persahabat­an dan sesi latihan bagi memastikan mereka benar-benar bersedia untuk bersaing di Liga FAM musim depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia