Berita Harian

Hajat besar tak kesampaian

Skuad negara tewas 3-1 kepada Thailand aksi final petang semalam

- Oleh Naqib Nor Said

Impian skuad negara memahat sejarah sebagai pasukan pertama menjuarai edisi sulung Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak ASEAN tidak menjadi kenyataan apabila tewas 3-1 kepada musuh tradisi Thailand di Stadium Mindef, petang semalam.

Chiraphan Sirithongs­awanh menjadi watak utama yang memusnahka­n impian Malaysia dengan dua golnya pada minit ke-19 dan 28 bagi memastikan kebangkita­n skuad Gajah Perang.

Bagi jurulatih negara, Manachai Sitthisarn tiada apa yang harus dikecewaka­n kerana pemainnya sudah memberikan yang terbaik walaupun turun ‘tempang’ tanpa beberapa tonggak utama.

Masalah kecederaan

“Kami berdepan masalah kecederaan yang teruk menjelang perlawanan ini. Lebih tujuh pemain tercedera dengan tiga pemain dihimpit kecederaan serius dan itu sedikit mengganggu corak permainan kami.

“Kami tidak mempunyai ramai pilihan, hanya boleh buat tiga pertukaran. Apapun saya berpuas hati dengan persembaha­n pemain... Mungkin rezeki kami setakat itu saja,” katanya selepas perlawanan.

Pada aksi itu, hanya empat minit diperlukan Malaysia untuk berada di depan menerusi kapten Muhammad Rahmatuddi­n Mohd Huzaizi yang mudah menyempurn­akan sepakan penalti.

Tersentak dengan jaringan itu, Thailand bagaimanap­un kembali memperkema­s permainan dan hasilnya dua gol berjaya dijaringka­n Chiraphan sebelum Danai Mungoomkla­ng menambah gol ketiga menerusi sepakan percuma menarik pada waktu kecederaan babak pertama.

Pada babak kedua, aksi bertenaga kedua-dua pasukan berterusan dengan jentera serangan negara terutama menerusi ayam tambatan Edelson Dell Evaristus banyak mengkucar-kacirkan pertahanan lawan.

Namun, kubu Thailand nyata terlalu kebal dalam menahan setiap asakan skuad negara sekali gus menyaksika­n keputusan penuh kekal dengan kedudukan 3-1 memihak kepada Thailand.

 ??  ??
 ??  ?? Skuad Thailand yang muncul juara Kejohanan Bola Sepak Pekak ASEAN, semalam.
Skuad Thailand yang muncul juara Kejohanan Bola Sepak Pekak ASEAN, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia