Berita Harian

Nabilah sedia gegar pada aksi final

- Oleh Asrol Awang

Kuantan: Dua kali muncul wira pada aksi suku akhir dan separuh akhir Piala Emas Rajaraja 2016, memberi keyakinan kepada Nabilah Khan Razali

untuk membantu Pahang membenam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada final di Stadium Darul Makmur, Selasa ini.

Nabilah yang kali pertama beraksi dalam saingan piala berprestij itu berkata, tiga gol, masing-masing dua gol pada suku akhir bertemu Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur (satu gol) menguatkan lagi komitmen untuk meneruskan sentuhan jaringan.

Justeru, katanya, kepercayaa­n yang diberikan pengendali skuad itu, Zulhamizan Zakaria akan dibalas dengan membantu Pahang muncul juara pada edisi kali ini.

Katanya, segala-galanya dilihat begitu sempurna buat Pahang untuk mengulangi pencapaian muncul juara pada edisi 2010 kerana kelebihan beraksi di laman sendiri.

“Sudah pasti perasaan teruja ada kerana inilah peluang terbaik kami untuk mengucup piala ini di tempat sendiri dengan dihadiri peminat yang sebelum

(gambar)

ini banyak memberikan sokongan pada peringkat awal kumpulan.

“Dengan berbekalka­n kelebihan dan mencatat kemenangan 2-0 ke atas PDRM pada peringkat kumpulan, kami perlu mengulangi keputusan itu apabila bertemu sekali lagi,” katanya di sini, semalam.

Prestasi mantap

Nabilah berkata, sepanjang minggu ini, dia bersama rakan sepasukan menjalani latihan intensif untuk memastikan skuad Pahang benar-benar bersedia memberi tentangan terhadap pasukan lawan.

Namun, menurut pemain kelahiran Temerloh, Pahang, prestasi mantap yang dipersemba­hkan PDRM memerlukan komitmen tinggi yang perlu dilakukan untuk menghalang lawan daripada mendapatka­n gol.

“Kami tidak boleh memandang rendah keupayaan lawan kerana mereka (PDRM) dilihat akan memberi tentangan sengit dan pada masa sama, mereka akan membalas dendam kekalahan 0-2 pada peringkat kumpulan,” kata pemain berumur 25 tahun itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia