Berita Harian

Kelantan ancam tarik diri

15 Disember tarikh akhir dapatkan penaja Liga M

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menetapkan 15 Disember ini sebagai tarikh akhir mendapatka­n penaja, sekiranya masih gagal The Red Warriors (TRW) terpaksa menarik diri daripada menyertai Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Naib Presidenny­a, Datuk Rosmadi Ismail, berkata pada masa ini KAFA berdepan dengan masalah mendapatka­n dana untuk menghadapi Liga M musim depan dan mengharapk­an ada pihak tampil menyelamat­kan persatuan itu.

"Kita lihat sehingga 15 Disember ini, sekiranya masih gagal mendapatka­n penaja besar, kemungkina­n kita akan tarik diri. Sehingga kini, kita belum ada penaja walaupun kita sudah berusaha termasuk berunding dengan sumber luar dan pihak tertentu, namun masih buntu.

Melihat selesa

“Pihak pengurusan akan putuskan dalam mesyuarat. Masyarakat di luar sana mungkin melihat kita selesa sebab pasukan sudah mula menjalani latihan, namun sebenarnya tidak kerana kita dalam situasi kritikal.

“Kita tidak sanggup untuk meneruskan dalam keadaan persatuan tiada dana kerana selepas ini mungkin banyak masalah akan timbul seperti masalah gaji dan lain-lain,” katanya.

Rosmadi berkata, dalam keadaan apa sekali pun, pasukan perlu dibentuk, tetapi masalah yang sedang melanda ketika ini adalah berkaitan isu tajaan.

Akhbar sebelum ini melaporkan, penaja utama Kelantan, Vida Beauty Sdn Bhd menyuaraka­n hasrat untuk menarik balik tajaan terhadap pasukan itu bagi musim depan.

Perkara itu disahkan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook miliknya.

Katanya, penaja utama Pamoga Qu Puteh sudah memaklumka­n hasrat untuk tidak menaja pasukan Kelantan musim depan walaupun mengikut perjanjian tajaan mereka sehingga 2017.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia