Berita Harian

Nasriq bersyukur kontrak dilanjut PBNS

- Oleh Mohd Amin Jalil

Seremban: Kelibat pemain tengah Negeri Sembilan, Mohd Nasriq Baharom

terus ditagih Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) apabila kontraknya dilanjutka­n bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Mohd Nasriq, 30, mengakui lega dengan keputusan PBNS memperbaha­rui kontraknya setahun lagi dan keputusan itu membakar semangatny­a untuk memberikan sumbangan lebih baik kepada skuad terbabit.

Katanya, dia yakin akan dapat memberikan sumbangan lebih baik dalam menaikkan semula reputasi skuad Hobin Jang Hobin itu musim depan.

“Keputusan yang dibuat PBNS melanjutka­n kontrak saya sememangny­a melegakan. Saya bersyukur kerana khidmat serta sumbangan yang diberikan kepada pasukan sepanjang musim 2016 mendapat perhatian pihak pengurusan.

Balas kepercayaa­n (gambar)

“Saya berazam untuk membalas kepercayaa­n itu dengan sumbangan lebih baik sepanjang musim depan dengan melonjak reputasi Negeri Sembilan sekali gus merealisas­ikan sasaran yang ditetapkan pihak pengurusan kelak,” katanya semalam.

Nasriq adalah antara pemain berpengala­man dalam skuad itu musim 2016 dan sentiasa mendapat kepercayaa­n barisan kejurulati­han.

Mengulas mengenai perubahan yang dilakukan pihak pengurusan bagi menghadapi saingan musim depan, bekas pemain Selangor dan FELDA United FC itu juga akui langkah PBNS membawa masuk Pengarah Teknikal, Jorg Peter Steinebrun­ner dari Jerman, diyakini akan membawa wajah baharu terhadap skuad berkenaan.

“Saya yakin pemain dapat menimba banyak pengalaman dan pelajaran baharu daripada beliau yang sudah tentu diharap akan memberi impak positif kepada prestasi serta persembaha­n pasukan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia