Berita Harian

PAFA enggan ikat De Paula

- Oleh Azizan Hashim

Ipoh: Perak terlepas peluang mendapat khidmat bekas penyerang Polis Diraja Malaysia (PDRM), Guilherme De Paula kerana pemain itu gagal melepasi ujian kecergasan dan kesihatan, baru-baru ini.

Ketua jurulatih Bos Gaurus, Karl Heinz Weigang berkata, kegagalan pemain terbabit diikat Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) bukan disebabkan persatuan itu tidak mampu membayar khidmat pemain itu, sebaliknya kerana De Paula mengalami kecederaan selepas menjalani ujian kedua.

“De Paula tidak diikat PAFA bukan kerana persatuan itu tidak mampu membayar khidmatnya yang dikatakan terlalu tinggi.

Putar belitkan isu

“Saya kecewa kerana ada pihak cuba memutar belitkan isu itu dengan menukar fakta kegagalann­ya sertai Perak berpunca masalah kewangan persatuan,” katanya semalam.

Beliau berkata, pemain itu melakukan dua ujian tetapi tidak dapat meneruskan ujian seterusnya kerana terasa sakit pada paha.

“Saya berbincang dengannya dan dia mengakui tidak melakukan aktiviti lasak sejak selepas tamat liga. Saya minta dia dan ejennya membuat pemeriksaa­n lanjut untuk mendapatka­n kepastian tahap kecederaan­nya.

"Mereka tidak berbuat demikian sebaliknya angkat kaki tanpa sebarang maklumat. Jadi saya terpaksa lupakan pemain itu walaupun memang berharap mendapatka­n khidmatnya kerana tahu kemampuann­ya,” katanya.

Weigang berkata, De Paula adalah seorang pemain yang bagus dan tidak menimbulka­n banyak masalah kepada skuad itu ketika bertemu dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

"Dia sepatutnya melengkapk­an buruan Perak terhadap pemain import kerana segala-galanya sudah dipersetuj­ui," katanya.

 ??  ?? Perak enggan ikat Guilherme De Paula (kanan) kerana pemain itu cedera.
Perak enggan ikat Guilherme De Paula (kanan) kerana pemain itu cedera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia