Berita Harian

Harapan Semut Merah sertai Liga M tampak cerah

-

Kuala Lumpur: PKNS FC dilihat tidak berdepan masalah menyertai Liga Malaysia (Liga M) musim depan selepas Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) mengakui kelab berkenaan tidak melanggar apa-apa peraturan dalam penyertaan liga.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam menjelaska­n pihaknya hanya menunggu pengesahan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bahawa tindakan naib juara Liga Perdana itu menjadi ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) adalah sah atau sebaliknya.

“PKNS sudah menghantar semua borang dan dokumen penyertaan Liga M sebelum tamat tempoh pemanjanga­n yang kita berikan kepada mereka (hingga semalam).

“Jadi kita boleh mengesahka­n bahawa PKNS mematuhi apa yang sepatutnya dan dokumen yang mereka hantar itu lengkap termasuk surat sokongan daripada PBSMM.

“Kita cuma menunggu pengesahan mengenai surat sokongan itu dari FAM. Jika surat itu disahkan betul, maka PKNS akan diterima sebagai pasukan ke-12 dalam Liga Super,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Tidak boleh ambil ringan

Isu PKNS timbul selepas Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) enggan menyokong penyertaan skuad kendalian E Elavarasan itu dalam Liga M musim depan yang memaksa kelab berkenaan menyertai PBSMM untuk mendapatka­n sokongan.

Artikel 4.1.3(I) Liga M mensyaratk­an hanya pasukan kelab yang dicalonkan dan disokong persatuan bola sepak negeri dan mematuhi peraturan FAM, layak menyertai Liga M.

Selain itu, Kevin turut tidak menolak kemungkina­n betapa pihaknya terpaksa melakukan perlawanan play-off untuk mencari pengganti PKNS dalam Liga Super sekiranya penyertaan pasukan itu ditolak.

“Jika pasukan itu tiada keanggotaa­n dari mana-mana persatuan bola sepak, ia tidak boleh diterima. Jadi kita perlu mencari pengganti (PKNS dalam Liga Super).

“Ia adalah peraturan bola sepak global. Kita tidak boleh mengambil ringan isu keanggotaa­n ini sebab ia saling berkait dengan beberapa perkara khususnya FIFA (Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa) dan AFC (Konfederas­i Bola Sepak Asia),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia