Berita Harian

PKNS kena tunggu hingga minggu depan

FAM sedang kaji keanggotaa­n kelab itu yang bergabung dengan PBSMM sah atau tidak kerana masih bernaung di bawah FAS

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Naib juara Liga Perdana 2016, PKNS FC perlu menunggu hingga minggu depan untuk mengetahui nasib mereka sama ada layak menyertai Liga Malaysia (Liga M) atau sebaliknya kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih mengkaji tindakan kelab itu menjadi ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM).

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya sudah menerima segala dokumen yang dihantar oleh PKNS kepada Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FML- LP) semalam termasuk surat sokongan daripada PBSMM.

“Saya sudah menerima segala dokumen PKNS daripada FMLLP dan selepas melihat dokumen itu nanti, saya akan tahu apa yang perlu dilakukan termasuk membawa ke jawatankua­sa atau sebagainya. Mungkin minggu depan kita tahu keputusann­ya.

Akan maklum kemudian

“Apapun, PKNS sudah hantar semua dokumen kepada FMLLP, sama ada kesahihan mereka boleh diterima sebagai ahli gabungan atau tidak kita akan maklumkan kemudian.

“Jadi masalah lambat atau tidak PKNS menghantar permohonan menyertai Liga M tidak menjadi isu kerana mereka sudah berbuat demikian mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Kini, kita hanya akan lihat keanggotaa­n mereka (dalam PBSMM) itu sama ada sah atau tidak,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Isu berkenaan timbul selepas tindakan PKNS bergabung dengan PBSMM walaupun masih bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

PKNS mengambil tindakan drastik itu kerana keengganan FAS menyokong penyertaan mereka dalam Liga M dengan tarikh tutup penyertaan berakhir semalam.

Artikel 4.1.3(I) Liga M mensyaratk­an hanya pasukan kelab yang dicalonkan dan disokong persatuan bola sepak negeri dan mematuhi peraturan FAM, layak menyertai Liga M.

 ??  ??
 ??  ?? PKNS mengambil tindakan drastik bergabung dengan PBSMM walaupun masih bernaung di bawah FAS selepas pasukan negeri itu enggan menyokong penyertaan mereka dalam Liga M.
PKNS mengambil tindakan drastik bergabung dengan PBSMM walaupun masih bernaung di bawah FAS selepas pasukan negeri itu enggan menyokong penyertaan mereka dalam Liga M.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia