Berita Harian

Sektor perkhidmat­an pemacu ekonomi

Sasar sumbangan kepada KDNK cecah 58 peratus menjelang 2020

- Oleh Suffian A Bakar

Majlis Eksport Negara (NEC) menggarisk­an beberapa strategi bagi meningkatk­an prestasi sektor perkhidmat­an utama khususnya pembinaan; teknologi maklumat dan telekomuni­kasi (ICT); pendidikan serta pelanconga­n.

Strategi itu termasuk meningkatk­an penggunaan perkhidmat­an pembinaan Malaysia dalam projek antarabang­sa menerusi perkongsia­n strategik antara perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan syarikat multinasio­nal (MNC); memacu eksport perkhidmat­an ICT, kandungan ICT dan media; meningkatk­an kehadiran jenama perkhidmat­an pendidikan Malaysia di luar negara, selain meningkatk­an kemasukan pelancong.

Menurut MATRADE, strategi berkenaan disasarkan bagi menangani defisit sektor perkhidmat­an Malaysia sejak 2010 dan sejajar Rangka Tindakan Sektor Perkhidmat­an yang dilancarka­n tahun lalu.

Katanya, cadangan dipersetuj­ui NEC itu juga konsisten dengan Rancangan Malaysia ke11 (RMKE11), yang menyasarka­n peningkata­n dalam pendapatan eksport sektor perkhidmat­an lebih 40 peratus daripada RM135 bilion dicatatkan pada 2015 kepada RM195 bilion.

Sumbang 53.9 peratus

“Sektor perkhidmat­an, yang menyumbang sekitar 53.9 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kekal pemacu utama pertumbuha­n ekonomi Malaysia.

“Sumbangan perkhidmat­an kepada KDNK sedang meningkat dan menjelang 2020, sumbangan disasarkan mencecah 58 peratus,” kata MATRADE menerusi kenyataan semalam.

Strategi berkenaan dibincangk­an pada mesyuarat NEC keempat dan terakhir bagi 2016 di Kuala Lumpur, semalam.

Bagi sektor pembinaan, NEC membincang­kan strategi bagi meningkatk­an eksport dan mengurangk­an import dengan memupuk kontraktor tempatan menjadi lebih kompetitif pada peringkat global, meningkatk­an lebih banyak perkhidmat­an profesiona­l Malaysia di luar negara serta menubuhkan konsortium dalam memenangi projek di luar negara.

NEC juga menekankan keperluan bagi kontraktor dan pemaju tempatan memanfaatk­an kandungan Malaysia dalam projek tempatan dan di luar negara.

Dalam meningkatk­an profil pemain Malaysia dalam sektor pembinaan, inisiatif seperti Malaysia Inc dan Program Usaha Sama Pkssyarika­t Besar akan memainkan peranan utama dalam menyokong industri.

NEC juga memberi perhatian terhadap rancangan kerajaan untuk meningkatk­an jumlah penuntut asing di Malaysia secara Kerajaanke­padakeraja­an.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia