Berita Harian

CIMB rancang buka cawangan di Manila separuh kedua 2017

-

Group Holdings Bhd merancang untuk membuka cawangan di Manila pada separuh kedua tahun hadapan bagi menyempurn­akan kehadiran di rantau ASEAN.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz, berkata syarikat itu masih menunggu kelulusan lesen dari Bank Negara Malaysia dan bank pusat Filipina.

“Perancanga­nnya adalah untuk membuka sebuah cawangan (di Manila), tidak seperti operasi di Vietnam yang mana kami mempunyai anak syarikat,” katanya kepada pemberita Malaysia di Hanoi semalam.

Syarikat itu melancarka­n anak syarikat di Vietnam, CIMB Bank (Vietnam) Ltd, semalam.

CIMB Group menjadi bank Malaysia ketiga yang menubuhkan anak syarikat di Vietnam selepas Public Bank Bhd dan Hong Leong Bank Bhd.

Pengembang­an perniagaan tersebut merupakan sebahagian Sasaran 2018 (T18) CIMB, langkah kajian semula strategik yang bermula pada Januari 2015, untuk menyempurn­akan platform ASEAN syarikat itu.

CIMB, bank kedua terbesar Malaysia dari segi aset, memperoleh lesen perbankan sepenuhnya pertama untuk bank asing beroperasi di Vietnam pada September 2016 selepas berusaha sejak 2009.

Tiga bidang utama

Lesen itu membolehka­n CIMB Vietnam menawarkan rangkaian penuh produk perbankan korporat, komersial dan pengguna di negara itu.

Setakat ini, hanya tujuh bank asing diberikan lesen untuk menubuhkan anak syarikat perbankan 100 peratus di Vietnam.

Tengku Zafrul berkata, syarikat itu akan menumpukan kepada tiga bidang utama di Vietnam, iaitu infrastruk­tur, pembuatan serta minyak dan gas.

Beliau berkata, CIMB Group akan memanfaatk­an kekuatan syarikat ASEAN yang merancang untuk mengambil peluang dari pasaran Vietnam.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata Vietnam akan menjadi platform berbeza susulan tumpuan syarikat kepada perbankan digital memandangk­an 40 peratus daripada jumlah penduduk negara itu berusia 25 tahun ke bawah yang lebih selesa dengan penggunaan teknologi.

“Ketika ini, 95 peratus daripada produk syarikat diuruskan melalui platform digital,” katanya.

CIMB Group mempunyai operasi di sembilan daripada 10 negara ASEAN setakat ini, manakala di luar rantau itu, ia mempunyai kedudukan pasaran di China, Hong Kong, India, Sri Lanka, Taiwan, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia