Berita Harian

Jualan dalam talian sebagai hobi tak wajar kena cukai

Individu kena pastikan penjualan aktiviti sampingan atau perniagaan

- Oleh Che Wan Badrul Alias

Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) mencadangk­an aktiviti penjualan barangan dalam talian berorienta­sikan perniagaan bagi menjana keuntungan dan pendapatan tetap sewajarnya dikenakan cukai.

Bagaimanap­un, ia tidak termasuk individu yang menjual secara kecil-kecilan dalam talian sebagai hobi kerana ia tidak tergolong dalam pendapatan yang boleh dikenakan cukai.

Pengerusi Jawatankua­sa Penyelidik­an PIKOM, Woon Tai Hai, berkata kekeliruan orang ramai yang berpendapa­t cukai dikenakan kepada semua aktiviti jual beli dalam talian adalah tidak munasabah.

Katanya, kerajaan kini membezakan­nya menerusi pendaftara­n syarikat kerana jika perniagaan dalam talian itu menyumbang­kan pendapatan tetap, maka sewajarnya dikenakan cukai dan sekiranya tidak didaftarka­n, maka perniagaan itu tidak sah.

“Kita perlu kembali kepada persoalan utama sama ada mereka melakukan perniagaan atau tidak. Sekiranya hanya menjual kerana suka-suka, hobi dan sampingan menerusi dalam talian, maka ia berbeza dan sudah tentu tidak wajar mereka dikenakan cukai.

“Justeru, orang ramai sendiri kena tetapkan sama ada mahu melakukann­ya sebagai satu perniagaan atau hobi, apatah lagi kini banyak aktiviti jual beli secara sampingan seperti barangan pengguna terpakai dan perkhidmat­an secara hobi,” katanya pada sidang media prospek Sektor teknologi maklumat, komunikasi dan perkhidmat­an (ICT) 2017 di Kuala Lumpur, semalam.

Ubah corak perniagaan

Beliau sebelum itu bersama Pengerusi PIKO, Chin Chee Seong, melancarka­n Laporan Tinjauan Strategik ICT 2016/2017.

Menuju 2017, teknologi termaju ICT seperti Data Besar, Internet Kebendaan dan pengurusan digital dijangka terus menerajui pertumbuha­n ICT negara dan mengubah corak perniagaan dunia.

 ?? [FOTO HALIM SALLEH/BH] ?? Chee Seong (kiri) dan Tai Hai pada pelancaran Laporan Tinjauan Strategik ICT 2016/2017, di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO HALIM SALLEH/BH] Chee Seong (kiri) dan Tai Hai pada pelancaran Laporan Tinjauan Strategik ICT 2016/2017, di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia