Berita Harian

PKS mampu sumbang 41 peratus KDNK

-

sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perlu meningkat sebanyak satu peratus setahun untuk mencapai sasaran 41 peratus menjelang 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Datuk Hafsah Hashim, berkata kajian yang dijalankan oleh agensi itu pada 2014 menunjukka­n sumbangan sektor itu kepada KDNK sebanyak 35.6 peratus.

“Malaysia berada pada landasan untuk mencapai matlamat itu. Jika kami meneruskan laluan yang kami berada sekarang dan meningkatk­an pertumbuha­n tahunan sebanyak satu peratus, matlamat ini dapat dicapai,” katanya pada sidang media mengenai Anugerah E50 (E50) di Kuala Lumpur, semalam.

Pamer promosi

Anugerah E50 adalah inisiatif kerjasama awam-swasta untuk mempamerka­n dan mempromosi­kan jenama Malaysia di peringkat global.

Mengenai anugerah itu, Pengerusi SME Corp, Tan Sri Ir Dr Mohamed Al Amin Abdul Majid, berkata jumlah syarikat yang dicalonkan meningkat 5.8 peratus kepada 102 dan 73 layak untuk anugerah E50 dengan 54 peratus daripada sektor pembuatan.

Berpuas hati dengan jumlah peserta yang meningkat untuk tempoh beberapa tahun ini, Al Amin menyifatka­nnya sebagai tanda positif kepada Malaysia.

“Kami berharap syarikat ini akan berusaha untuk melangkah ke arah ekonomi digital pada tahun depan. Memandangk­an teknologi berkembang dengan pesat, PKS perlu terus berada di hadapan dalam trend digital berikutan banyak syarikat turut menjalanka­n perniagaan dalam talian.

“Berdasarka­n trend ini, saya yakin sektor PKS akan mencapai sasaran sumbangann­ya kepada KDNK sebanyak 41 peratus menjelang 2020,” kata Mohamed Al Amin.

 ?? [FOTO GHAZALI KORI/BH] ?? Mohamed Al Amin dan Hafsah pada sidang media mengenai Anugerah E50 (E50) di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO GHAZALI KORI/BH] Mohamed Al Amin dan Hafsah pada sidang media mengenai Anugerah E50 (E50) di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia