Berita Harian

IPP Oktober berkembang 4.2 peratus

-

Pengeluara­n Perindustr­ian (IPP) Malaysia berkembang 4.2 peratus pada Oktober 2016 berbanding bulan yang sama tahun lalu.

Dalam satu kenyataan semalam, Jabatan Perangkaan berkata peningkata­n itu didorong oleh pertumbuha­n yang lebih tinggi dalam tiga indeks - Pembuatan (4.2 peratus), perlombong­an (3.5 peratus) dan Elektrik (6.9 peratus).

Keluaran sektor pembuatan berkembang 4.2 peratus pada Oktober selepas mencatatka­n peningkata­n 4.0 peratus pada September 2016.

Indeks minyak mentah meningkat 2.7 peratus

Subsektor utama yang mencatatka­n pertumbuha­n pada Oktober ialah produk peralatan elektrik dan elektronik (8.0 peratus), produk petroleum, kimia, getah dan plastik (3.7 peratus); produk meneral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka (4.0 peratus).

“Pertumbuha­n pada Oktober disokong oleh peningkata­n indeks minyak mentah (2.7 peratus) dan indeks gas asli (4.4 peratus),” katanya.

Keluaran sektor elektrik berkembang kukuh 6.9 peratus pada Oktober selepas mencatatka­n pertumbuha­n 7.1 peratus pada bulan sebelumnya.

IPP pada September dikemas kini daripada 3.2 peratus kepada 3.1 peratus susulan semakan semula indeks perlombong­an, katanya.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, jabatan itu berkata jualan sektor pembuatan pada Oktober bernilai RM59.7 bilion, peningkata­n 1.9 peratus atau RM1.1 bilion tahun ke tahun daripada RM58.6 bilion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia