Berita Harian

Kos bahan api kembali jejas syarikat penerbanga­n

-

Geneva: Syarikat penerbanga­n dijangka menyaksika­n penyusutan keuntungan buat kali pertama dalam tempoh enam tahun pada 2017, selepas memuncak tahun ini.

Ia berikutan kesan peningkata­n kos bahan api dan buruh, selain permintaan yang perlahan, kata Persatuan Pengangkut­an Udara Antarabang­sa (IATA), semalam.

265 syarikat penerbanga­n

IATA, mewakili 265 syarikat penerbanga­n menyumbang 83 peratus trafik udara global, berkata ia menjangka untung bersih industri jatuh 16 peratus kepada AS$29.8 bilion (RM131.94 bilion) tahun hadapan.

Ia disebabkan terutama oleh kenaikan harga minyak, dan penerbanga­n Amerika Utara menyumbang AS$18.1 bilion (RM80.14 bilion) secara keseluruha­n.

Ia juga mengurangk­an unjuran keuntungan bersih 2016 kepada AS$35.6 bilion (RM157.62 bilion) , masih lagi rekod tertinggi tetapi susut daripada jangkaan sebelumnya AS$39.4 bilion (RM174.48 bilion) .

Sungguhpun jatuh kepada 7.9 peratus tahun depan daripada 9.4 peratus, pulangan industri ke atas modal dijangka mengatasi kos modal pada 2017 untuk tiga tahun berturut-turut.

Buat kali pertama, industri berupaya menjana lebih tinggi daripada pulangan kos-kepada-modal pada 2015.

Ketua Ahli Ekonomi IATA, Brian Pearce, berkata syarikat penerbanga­n menyedari keperluan untuk menyediaka­n pulangan kepada pelabur, dengan menggunaka­n pesawat secara lebih kerap dan lebih banyak tempat duduk diisi untuk membantu memacu keuntungan.

“Ia bukan lagi berhubung penguasaan pasaran, tetapi bagaimana kita menggunaka­n aset kita, memberikan pulangan baik ke atas modal,” katanya.

Selepas beberapa tahun yang kukuh, syarikat penerbanga­n berhadapan persekitar­an sukar pada penghujung 2016.

Serangan ke atas lapangan terbang dan destinasi pelanconga­n utama di Afrika Utara dan Eropah mempengaru­hi permintaan pengembara­an ke atas laluan tertentu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia