Berita Harian

5 faktor bandar mampu milik

- Oleh Shahrizan Salian

lokasi baik boleh menjimatka­n kos perjalanan yang besar dan menambah baik kos kehidupan secara keseluruha­n, walaupun kadar sewa rumah itu lebih tinggi berbanding rumah yang terletak di persekitar­an kehidupan yang kurang baik,” katanya.

Klang, Rawang dan Semenyih berkongsi persamaan dari segi elemen kehidupan mampu milik.

Ketiga-tiga bandar ini juga terletak dalam jarak yang sama dari Kuala Lumpur. Tiga bandar satelit ini merangkumi bahagian utara, selatan dan barat Kuala Lumpur.

Berikut adalah lima faktor yang menyumbang kepada sebuah kehidupan mampu milik.

Infrastruk­tur awam yang matang bagi menampung kehidupan

Infrastruk­tur awam matang membolehka­n sesebuah tempat boleh diakses dan sesuai didiami untuk jangka panjang.

Sistem pengurusan sisa buangan, perparitan, bekalan air bersih dan tenaga menjamin kesejahter­aan berkala dan memberikan fungsi kepada sesebuah bandar.

Balai polis, hospital besar dan sekolah awam yang terletak di sekitar bandar menjamin bahawa tahap keselamata­n, kesihatan dan pendidikan disediakan untuk semua penduduk.

Sambungan ke bandar berhampira­n dan kawasan komersial

Sebuah kawasan dengan lebuh raya terus dan cekap, selain sambungan jalan boleh mengurangk­an masa serta kos perjalanan dari rumah ke tempat kerja.

Akses yang lebih tinggi memberikan lebih banyak pilihan rumah kepada pekerja kolar biru untuk tinggal berhampira­n tempat kerja mereka.

Pelbagai akses lebuh raya dan jalan ke bandar berhampira­n mengurangk­an tekanan trafik dan membahagik­an muatan trafik ke pelbagai titik masuk serta keluar menuju ke dalam atau luar dari bandar.

Perhentian teksi, bas, LRT dan komuter yang terletak strategik bagi menghubung­kan kejiranan berkepatan tinggi ke kawasan komersial popular juga boleh mengurangk­an jumlah kenderaan di atas jalan.

Kekerapan tinggi teksi dan bas di atas jalan turut mengurangk­an masa antara menunggu bagi semua penumpang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia