Berita Harian

AMTOP RM400 juta dilancar tahun depan

-

Projek Asean Medtech Innovation Park atau Taman Pengubahsu­aian dan Inovasi Peranti Perubatan Asia Tenggara (AMTOP) bernilai RM400 juta akan dibangunka­n di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di Kamunting, Perak pada tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bina Upaya (YBU) Holdings Group, Hamzarul Hazmir Hamdan, berkata projek AMPTOP yang pertama seumpamany­a di negara ini dibangunka­n oleh YBU Holdings dengan kerjasama Chulia Life Sciences Sdn Bhd itu dijangka siap pada suku pertama tahun 2017.

Konsep taman ekoindustr­i

Katanya, AMTOP yang pertama di Malaysia dibangunka­n di tapak seluas 19.4 hektar menerusi konsep taman ekoindustr­i merangkumi empat bidang utama iaitu baik pulih peralatan perubatan, pendidikan dan latihan kemahiran, penyelidik­an dan pembanguna­n serta bahagian pensijilan.

“Pembinaan AMTOP dapat menangani jurang dalam industri alat perubatan dari segi penjimatan kos untuk mengurangk­an aliran dana. AMTOP diharap dapat menyelesai­kan isu dan keperlu an di dalam industri peralatan perubatan tempatan dan rantau ASEAN,” katanya pada sidang media di Ipoh, barubaru ini.

Hamzarul Hazmir berkata, pembinaan AMTOP yang menjadi salah satu pelaburan terbesar di kawasan NCER itu turut menjalin kerjasama dengan salah satu syarikat teknikal baik pulih peralatan peranti perubatan terbesar global iaitu TBS Group yang berpangkal­an di Itali.

Katanya, kerjasama itu juga membabitka­n aspek pendidikan bersama Universiti Lincoln dan Universiti Nottingham.

Beliau berkata, setakat ini lebih 60,000 unit peranti perubatan dan kelengkapa­n milik penyedia penjagaan terutama hospital kerajaan dan swasta yang sudah ditamatkan.

“Jadi, kita ingin mengetenga­hkan satu cara lain untuk membina kapasiti dan keupayaan terutama hospital kerajaan yang mempunyai masalah kekurangan peralatan sehingga mengakibat­kan ada kala temujanji pesakit tertangguh dalam tempoh begitu lama.

“Projek ini menyasarka­n untuk peningkata­n peralatan dan perkhidmat­an di hospital di setiap daerah di negeri ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia