Berita Harian

Propertygu­ru

-

Nisbah khidmat hutang (DSR) adalah salah satu parameter penting yang digunakan oleh institusi kewangan untuk menentukan kapasiti peminjam berpotensi mengambil pinjaman gadai janji baharu selepas mengambil kira hutang sedia ada lain.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), pemberi pinjaman gadai janji di negara ini perlu menetapkan paras DSR yang berhemah bagi menentukan kelayakan pinjaman pelanggan bagi mengelak mereka daripada meminjam di luar kemampuan.

Ini juga akan memastikan peminjam akan memiliki penampan kewangan yang kukuh bagi melindungi mereka daripada melanggar undang-undang atau harta disita disebabkan situasi negatif seperti kecacatan, muflis, penganggur­an atau kenaikan mendadak perbelanja­an.

Tolakan berkanun

Bagaimana DSR dikira? Bagi mendapatka­n DSR, komitmen bulanan keseluruha­n anda kepada bank dan bukan bank dibahagika­n oleh pendapatan sebulan selepas tolakan berkanun seperti cukai, zakat serta caruman Kumpulan

Wang Simpanan Pekerja

(KWSP) dan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO).

Jumlah itu kemudian dikalikan dengan 100 bagi mewakili angka dalam bentuk peratusan.

Sebagai peraturan umum, DSR anda tidak sepatutnya melebihi 70 peratus termasuk gadai janji yang dipohon.

Jika tidak, pemberi pinjaman berkemungk­inan akan menolak permohonan gadai janji anda.

Sebagai contoh, peminjam A dan B mahu memohon pinjaman perumahan.

Setiap seorang mempunyai pendapatan bersih bulanan RM10,000, namun masingmasi­ng mempunyai beban hutang RM5,000 dan RM6,000.

Jika gadai janji baharu memerlukan ansuran bulanan RM2,000, peminjam A dan B akan mempunyai DSR sebanyak 70 peratus dan 80 peratus.

Gadai janji

Ini bermakna, peminjam

A akan melepasi proses penilaian kredit, manakala permohonan pinjaman bagi peminjam B akan ditolak kerana dia hanya boleh memohon

Adakah anda berhadapan dilema untuk memilih rumah idaman anda daripada projek terbaharu yang kini berada di pasaran? Propertygu­ru sedia membantu anda!

Baca ulasan projek terkini

yang disediakan khas oleh pakar hartanah kami berdasarka­n lawatan mereka ke projek berkenaan.

Ulasan ini merangkumi analisis terperinci lokasi,

perbanding­an harga dan potensi hartanah yang diinginkan. Layari www.propertygu­ru. com.my untuk mencari rumah impian anda sekarang. gadai janji dengan ansuran bulanan sebanyak RM1,000.

Bagaimana untuk merendahka­n DSR anda? Memandangk­an dua komponen DSR adalah hutang dan pendapatan, hanya ada dua cara menambah baik DSR.

Ia bermakna menambah pendapatan bulanan atau mengurangk­an komitmen sedia ada.

Bagaimanap­un, adalah tidak dinasihatk­an supaya anda tidak membuat hutang kerana bank bimbang untuk meminjamka­n sejumlah wang yang besar kepada mereka yang tidak mempunyai sejarah atau corak bayaran balik kredit.

Jadi, jika anda tidak mempunyai sebarang liabiliti semasa, pohonlah satu, seperti kad kredit yang bayarannya boleh dibuat tepat pada masanya.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia