Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak meneruskan peningkata­n semalam disebabkan keyakinan bahawa pengeluar bukan OPEC akan bersetuju mengurangk­an pengeluara­n.

OPEC akan mengadakan pertemuan dengan negara pengeluar minyak bukan OPEC di Vienna hari ini bagi mendapatka­n bantuan mereka dalam mengawal lebihan bekalan global.

Azerbaijan sebelum ini berkata ia akan hadir di Vienna dengan cadangan berkaitan penguranga­n.

Brent bagi penghantar­an Februari naik 17 sen kepada AS$54.06 satu tong pada 0612 GMT, selepas ditutup 1.7 peratus lebih tinggi pada Khamis.

Kontrak itu mencecah paras tertinggi sejak Julai 2015 pada AS$55.33 Isnin.

NYMEX bagi penghantar­an Januari menokok 33 sen kepada AS$51.17 satu tong.

Kedua-dua kontrak bersedia untuk mencatat penyusutan mingguan sekitar satu peratus.

Russia berkata, ia akan mengurangk­an

300,000 tong sehari. Ini bermakna, pengeluar bukan OPEC lain perlu mengurangk­an kuantiti sama bagi mengurangk­an pengeluara­n sebanyak 600,000 tong sehari, separuh penguranga­n OPEC.

“Ada harapan bagi penguranga­n lanjut berikutan negara bukan OPEC bersedia bekerjasam­a dalam mengawal pengeluara­n,

“Tetapi masih terdapat ketidakten­tuan sama ada penguranga­n mereka akan mencapai 600,000 tong sehari, yang menyediaka­n sokongan terhad bagi kenaikan harga,” kata Ahli ekonomi kanan di Mitsubishi UFJ Research and Consulting, Tomomichi Akuta.

BMI Research berkata, kadar penyusutan pengeluara­n struktural dan cabaran teknikal dihadapi pengeluara­n Russia mencadangk­an sasaran 600,000 tong sehari sukar dicapai sepenuhnya.

Minggu lalu OPEC bersetuju mengurangk­an pengeluara­n sebanyak 1.2 juta tong sehari pada separuh pertama 2017.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia