Berita Harian

FBM KLCI ditutup rendah

Kebimbanga­n kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat pengaruhi pasaran

-

Bursa Malaysia ditutup rendah semalam berikutan sentimen lemah disebabkan keadaan tidak menentu luaran seperti keputusan European Central Bank (ECB) untuk mengurangk­an kelonggara­n kuantitati­f dan kebimbanga­n yang muncul semula akan kemungkina­n kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat menjelang mesyuarat Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Persekutua­n, minggu depan.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.33 mata untuk ditutup kepada 1,641.42, daripada 1,643.75 kelmarin.

Selepas dibuka 1.9 mata lebih rendah kepada 1,641.85, indeks itu bergerak antara 1,636.61 dan 1,641.85 sepanjang hari dagangan.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 414 berbanding 306, dengan 366 kaunter tidak berubah, 614 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.23 bilion saham bernilai RM1.4 bilion daripada 1.09 bilion saham bernilai RM1.56 bilion kelmarin.

Seorang peniaga berkata, penguranga­n belian bon ECB akan membawa kepada jangkaan kurangnya mudah tunai bagi pasaran Asia.

“Selain itu, pelabur akan memantau dengan rapat keputusan Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Persekutua­n pada 14 Disember sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam kadar faedah AS,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM7.91, TNB turun dua sen kepada RM13.98 dan Public Bank tidak berubah pada RM19.62.

Airasia meningkat dua sen

Dalam kalangan kaunter cergas, APFT susut setengah sen kepada tiga sen, Airasia meningkat dua sen kepada RM2.55 dan Hibiscus Petroleum naik setengah sen kepada 31 sen.

Indeks FBM Emas turun 10.37 mata kepada 11,473.84, Indeks FBMT 100 susut 14.03 mata kepada 11,209.58 dan Indeks FBM Emas Shariah berkuranga­n 15.04 mata kepada 12,013.07.

FBM 70 jatuh 9.54 mata kepada 13,144.72 dan FBM Ace susut 34.54 mata kepada 4,706.43.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan turun 1.45 mata kepada 14,352.43, Indeks Perladanga­n susut 15.62 mata kepada 7,727.27. Indeks Perusahaan menokok 7.64 mata kepada 3,105.2.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 738.33 juta unit bernilai RM1.33 bilion daripada 708.95 juta unit bernilai RM1.5 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menokok kepada 189.37 juta saham bernilai RM23.62 juta daripada 142.02 juta saham bernilai RM19.86 juta sebelumnya.

Waran meningkat kepada 307.85 juta unit bernilai RM50.3 juta daripada 230.32 juta unit bernilai RM45.43 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang 98.79 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (158.64 juta), pembinaan (67.49 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (310.7 juta), teknologi (34.64 juta), prasarana (7.41 juta), SPAC (6.37 juta), kewangan (40.89 juta), hotel (140,200), hartanah (51.21 juta), perladanga­n (16.49 juta), perlombong­an (12,000), REITS (5.47 juta) dan dana tertutup (39,000).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia