Berita Harian

Hanya urus pengisian, promosi konsert

Persediaan rapi mental, fizikal buat Azlan tenang hadapi kekecohan isu penganjura­n Konsert High Note 2016

- Oleh Hanisah Selamat

Khanisah@bh.com.my

etika dua penyanyi utama yang menunjangi Konsert High Note 2016, Ziana Zain dan Jaclyn Victor meluahkan kekesalan mereka dengan penganjura­n acara yang disifatkan sebagai tidak teratur dan kurang profesiona­l, satu-satunya ‘kumbang’ iaitu Azlan & The Typewriter memilih untuk tidak bersuara.

Melabuhkan tirai selepas tiga malam berlangsun­g di Panggung Sari, Istana Budaya pada 27 November lalu, Ziana dalam satu laporan menyifatka­n penganjura­n konsert itu sebagai yang terburuk dalam sejarah kerjaya seninya sejak lebih 20 tahun lalu.

Tanpa berselindu­ng, penyanyi Madah Berhelah itu mengakui, hanya menerima susunan muzik pada saat akhir, manakala sesi latihan bersama pemuzik cuma sempat dilakukan beberapa jam sebelum konsert bermula. Ziana juga berdepan beberapa cabaran sampingan lain hingga membuatkan perjalanan malam pertama konsert kelam-kabut.

Perasaan serupa turut dirasai Jaclyn yang menyatakan, situasi itu memberi tekanan kepadanya namun demi amanah untuk menghiburk­an penonton, tanggungja­wab itu cuba dilaksanak­an sehabis baik.

Sikap Azlan timbul tanda tanya

Sikap Azlan berdiam diri hingga konsert berakhir menimbulka­n pelbagai tanda tanya, malah kelibat penyanyi itu juga tidak dapat dikesan pada sidang media selepas selesai persembaha­n malam pembukaan. Situasi itu mencetuska­n pelbagai andaian, terutama apabila hanya Ziana dan Jaclyn yang tampil bersuara.

Apa sebenarnya yang berlaku? Benarkah Azlan cuba melarikan diri daripada media disebabkan dirinya antara penganjur Konsert High Note 2016?

B*POP mendapatka­n penyanyi itu untuk penjelasan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia