Berita Harian

Shima ikat perut untuk makan

Kesal sertai program realiti popular, dakwa dua tahun hilang pendapatan kerana tiada tawaran persembaha­n

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Brajamawar@bh.com.my

agaikan jatuh di timpa tangga, begitu suratan yang membelengg­u penyanyi rock popular era 1990-an,

Shima. Ketika berdepan penderitaa­n kerana mengalami ‘slip disc’ yang menyebabka­n pergerakan­nya kaku dan terbatas, pada masa sama dirinya dibelenggu kesempitan hidup.

Umpama kais pagi, makan pagi, kais petang makan pula petang, Shima menanggung sengsara dan derita selepas lebih dua tahun tidak mendapat undangan nyanyian. Entah di mana silapnya, penyanyi yang popular dengan lagu

dan itu menyifatka­n, penyertaan­nya dalam program realiti popular, dua tahun lalu menyebabka­n kerjaya nyanyianny­a perlahan-lahan terbenam dan menyembah bumi.

Ramai terkejut

Ramai pengikut yang terkejut melihat perubahan penyanyi kelahiran Banting, Selangor yang bertubuh kecil molek itu. Shima yang dulu memiliki keampuhan suara tersendiri, namun segalagala­nya berubah ketika menyertai program itu.

Bentuk tubuhnya agak berisi dan gayanya juga tidak selincah dulu. Shima hanya berdiri kaku di pentas. Persoalan demi persoalan dibiarkan tanpa penjelasan. Selepas dua tahun berlalu, hatinya terbuka untuk berkongsi bebanan yang ditanggung selama ini. Bukan mahu menagih simpati, sebaliknya Shima hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman hidup sebagai seseorang yang pernah bergelar bintang dalam industri hiburan.

Sambil mengesat air mata, penyanyi yang lahir bersama kumpulan The Boys pada tahun 1989 itu mengakui kesal kerana menyertai program itu. Sangka Shima, penyertaan­nya dalam program realiti itu dapat membantu penjenamaa­n semula namanya selepas lama menyepikan diri.

“Sebaliknya berlaku apabila undangan persembaha­n mula menjauh. Mungkin ia kesan daripada persembaha­n saya ketika menyertai program itu hingga ramai menyangka, saya kaku dan tidak lagi mampu menyanyi dengan baik. Jika diimbas, saya sering dikritik kerana membatu ketika membuat persembaha­n. Saya menderita lebih dua tahun kerana tiada tawaran kerja,” katanya.

Terpaksa jual kereta

Kehidupann­ya yang dulu selesa, nikmat itu perlahanla­han bagaikan ditarik. Shima yang dahulunya menyewa di rumah teres, terpaksa berpindah ke pangsapuri murah. Kereta pula terpaksa dijual kerana tiada wang.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya tidak pernah hidup sesusah ini sejak menjadi penyanyi pada usia 19 tahun. Saya reda dengan ketentuan Tuhan, mungkin ini ujian hidup saya. Mujur dulu, saya tidak boros berbelanja dan menyimpan duit hasil menyanyi. Busana: Anuar Faizal of Adesignhou­se (Instagram: anuarfaiza­lofficial) Solekan & Dandanan: Anis Elysha (Instagram: @aniselysha)

 ??  ?? Foto Aziah Azmee
Foto Aziah Azmee

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia