Berita Harian

Waspada menyusun langkah

Uqasha, Nelydia, Raysha enggan lagi jerat diri apabila terlalu terbuka berkongsi kisah peribadi

- Oleh Zaidi Mohamad

Pengalaman dua kakak yang terlebih dulu merasai pahit manis ketika melayari hidup sebagai insan seni menjadikan bakat baharu, Raysha Rizrose, 19, lebih berhatihat­i dalam menyusun langkah. Mengekori jejak langkah Nelydia Senrose, 22, dan Uqasha, 25, selepas menjuarai pertanding­an Dewi Remaja 2014/2015, titipan nasihat mereka menjadi azimat berharga ketika memulakan langkah sebagai pelakon.

Akur memilih jalan hidup sebagai anak seni secara tidak langsung membuka ruang peribadiny­a untuk diintai masyarakat, namun Raysha yang pernah membintang­i filem Dukun Doktor Dani enggan mencampur adukkan antara urusan peribadi dan kerjaya.

Baginya, tanggapan artis sebagai hak milik masyarakat hanya mitos yang cuba mengekang mereka daripada menjadi diri sendiri.

“Benar saya anak seni, namun itu tidak bermakna saya membenarka­n setiap inci kehidupan peribadi dikongsi sehingga saya tidak berpeluang menjadi diri sendiri. Secara peribadi, saya mahukan sedikit bahagian untuk disimpan sebagai hak peribadi yang hanya akan dikongsi apabila saya sudah bersedia.

“Saya banyak belajar daripada pengalaman dua kakak. Mereka pernah begitu terbuka berkongsi segala-galanya namun tindakan itu bagaikan menjerat diri apabila gagal memenuhi tuntutan masyarakat,” katanya.

Masih mentah

Menjadikan pengalaman mereka sebagai cermin diri, pemilik nama asal Farza Naquraisha Mohd Fariz mengakui, sentiasa berwaspada setiap kali persoalan mengenai kehidupan peribadiny­a cuba disentuh. Percaya setiap manusia berhak mencorakka­n laluan sendiri, Raysha tidak mahu harapan besar masyarakat menjadi beban kepadanya untuk dilunaskan.

“Saya masih terlalu mentah, malah banyak yang belum saya tempuhi. Tetapi, saya bertuah kerana kedua-dua kakak sentiasa di sisi untuk membimbing saya ketika diperlukan. Syukur kerana mereka tidak pernah membiarkan saya terkapai-kapai sendirian ketika saya sedang kebingunga­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia