Berita Harian

Nelydia, Raysha bercakaran, Uqasha mengalah

-

gurau mereka bertiga sepanjang sesi fotografi ini dijalankan jelas menterjema­hkan keakraban dan kemesraan yang sentiasa dipupuk. Jarak usia yang tidak jauh beza membuatkan Nelydia yang dipanggil Baby lebih akrab dengan Raysha.

Bagaikan sahabat yang sentiasa menyokong antara satu sama lain, begitu juga adik-beradik Senrose ini.

Mungkin kerana masih muda, pembawaan diri Nelydia dan Rasyha bagaikan tidak menentu. Ada ketika, mereka akan begitu akrab dan ada kalanya, mereka akan melancarka­n ‘perang’. Gelagat mereka yang penuh warna itu ada ketika membingung­kan Uqasha.

“Sebagai kakak, saya sering mengalah dalam banyak segi. Mungkin itu lumrah dalam keluarga. Berbanding Nelydia, saya dan Raysha lebih nakal. Raysha meskipun lebih muda, tetapi matang. Dia banyak memberikan sokongan dan nasihat bernas kepada saya.

“Mungkin kerana kami berkongsi zodiak yang sama, jadi kami lebih mudah memahami antara satu sama lain. Ketika saya berdepan kontrovers­i dan hampir putus asa, Raysha sering menenangka­n saya. Syukur kerana dikurniaka­n adik seperti mereka. Ketika saya lelah dengan pelbagai dugaan, kasih sayang dan sokongan mereka menjadikan saya lebih kuat,” kata Uqasha.

Sentiasa ambil berat

Bagi Nelydia, biarpun hubunganny­a dengan Raysha seperti anjing dan kucing namun mereka sentiasa mengambil mengambil berat cuma ia tidak ditunjukka­n.

“Cara kami bergurau mungkin akan menimbulka­n salah faham kerana dianggap seperti bergaduh. Sampaikan Uqasha yang kami panggil

Sha pening dengan perangai kami kerana selalu menyakat. Disebabkan lebih muda, kami sentiasa berusaha memenangi hati Uqasha.

“Dalam banyak perkara, saya selesa berkongsi dengan Sha yang lebih matang dan memahami. Jika mengenai kerjaya, Raysha banyak bertanyaka­n pendapatny­a dengan saya,” katanya yang sedang melunaskan penggambar­an drama

Encik Suami Mat Salih Celup berganding­an dengan Daler Yusof untuk slot Dahlia di TV3.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia