Berita Harian

Antara guru dan penyanyi hip-hop

Cuba imbangi minat, Kayda puas turunkan ilmu kepada kanak-kanak

- Oleh Hanisah Selamat

Khanisah@bh.com.my

etika dunia nyanyian yang diterokai sejak dua tahun lalu semakin positif, Kayda Aziz, 25, masih belum bersedia meninggalk­an kerjaya tetapnya sebagai guru montessori. Menggalas peranan itu sejak satu setengah tahun lalu, Kayda mengakui tanggungja­wab mendidik anak kecil bukan tugasan yang boleh dipandang ringan.

Menyifatka­n kedua-dua lapangan sama penting, Kayda atau nama sebenarnya Wan Nur Khaleda Aziz, berkata kecintaan terhadap dunia pendidikan semakin subur seperti mana sayangnya terhadap muzik dan nyanyian.

“Ramai yang tidak tahu, saya mengajar di montessori pada sebelah siang terutama subjek seni muzik yang menjadi pengkhusus­an saya. Seronok apabila ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatk­an dan disampaika­n kepada orang lain.

“Setakat ini, saya mampu menyeimban­gkan antara kerjaya guru dan nyanyian kerana tugas saya berakhir sekitar jam 2 petang. Selepas itu, saya akan fokus kepada latihan vokal, tarian dan aktiviti lain. Saya akui puas setiap kali melihat perkembang­an anak murid.

“Saya pula memang sukakan kanak-kanak, malah pengalaman menjaga dua adik yang masih kecil banyak membantu saya memahami mereka,” kata pemegang ijazah Sarjana Muda Psikologi itu.

Kayda atau nama sebenarnya Wan Nur Khaleda adalah anak hasil perkahwina­n pertama, Datuk Sheila Majid dengan komposer dan penerbit muzik, Datuk Roslan Aziz. Mereka turut dikurniaka­n anak lelaki, Megat Abdul Majid Aziz, 22.

Selepas berpisah, Sheila kemudian mendirikan rumah tangga dengan pemuzik, Datuk Hashridz Murshim Hassim atau Acis. Pasangan itu dikurniaka­n dua cahaya mata, Khadeja Zaireen Murshim, 9, dan Khalefa Laila Murshim, 12.

Laluan berliku

Mengakui menempuh laluan berliku untuk mencipta nama sebagai penyanyi hip-hop, Kayda berkata, membesar dalam keluarga yang berpengaru­h dalam bidang seni bukan jaminan untuk dikenali. Enggan memikirkan kata-kata negatif, Kayda yang pernah bekerjasam­a dengan Hunny Madu menerusi single, dan dua tahun lalu rancak mengatur perjalanan.

Biarpun kisahnya jarang dipaparkan media, gadis lincah itu kerap diundang menjayakan persembaha­n pentas yang kebiasaann­ya hanya dipenuhi pada hujung minggu.

Terbaharu, Kayda menerima tawaran daripada Anlene untuk bekerjasam­a dengan ibunya merakamkan semula Sinaran dalam versi remix. Suara Kayda boleh didengar apabila mengalunka­n rap dalam lagu malar segar itu.

Tak mahu beban diri

Kayda berkata, peluang diberikan tidak mampu dilepaskan apatah lagi berganding­an bersama ibunya yang juga idolanya.

“Sejak dulu, ramai yang menganggap saya beruntung kerana membawa status sebagai anak Sheila Majid. Jika ia mudah, mengapa, baru dua tahun lalu saya tampil dengan single? Jika benar saya ingin menumpang tuah emak, sejak usia belasan tahun lagi saya sudah masuk studio rakaman.

“Apabila difikirkan semula, untuk apa saya bebankan diri mendengar komen yang tidak membina. Andai kritikan itu menjurus kepada perkara yang boleh meningkatk­an kerjaya, saya tidak kisah. Mujur sekarang ramai yang sudah mengetahui genre dan lagu saya,” katanya lagi.

Berkongsi pengalaman menyampaik­an remix Sinaran, kata Kayda ia meninggalk­an kenangan berharga. Sebagai penyanyi baharu, Kayda melakukan persediaan rapi sebelum melangkah ke studio rakaman.

“Saya perlu profesiona­l dan jangan sambil lewa semata-mata kerana teman gandingan adalah ibu sendiri. Awalnya saya agak gementar, terutama apabila perlu menyanyika­n rap lagu yang sudah mesra di telinga pendengar sejak 30 tahun lalu. Lebih mendebarka­n, suntikan elemen rap ini mengiringi nyanyian Sheila Majid, seorang penghibur yang berpengala­man luas. Berhari-hari juga saya berlatih supaya tidak timbul masalah ketika rakaman.

“Syukur debaran itu sudah berakhir. Remix Sinaran boleh diikuti menerusi Youtube, manakala iklannya pula sudah disiarkan di kaca TV,” katanya yang turut menyertai siri jelajah jenama itu sempena kempen Anlene Movemax.

Menyentuh perancanga­n akan datang, selain bakal menghasilk­an single baharu, Kayda juga memasang impian melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Mula berjinak-jinak dengan muzik hip-hop sejak lebih sedekad lalu dengan membuat persembaha­n di pentas indie.

Menyanyi sejak usia 13 tahun, Kayda mengakui, minatnya terhadap muzik pernah ditentang oleh orang tuanya namun percaya, masa akan membuktika­n dirinya juga mempunyai bakat untuk bertapak atas nama sendiri.

Pernah tampil bersama single solo menerusi Down With Me dan Run This Mother, selain Go Hard or Gostan dan Gucci Dowh duet bersama Hunny Madu.

 ??  ?? Kayda Aziz
Kayda Aziz
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia