Berita Harian

Abadi pengalaman hidup

Ketelitian, sikap kritis Anuar ketika proses pembikinan album hampir jauhkan diri daripada pengkarya

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Tmuhamadfa­iroz@bh.com.my

erlalu mencari kesempurna­an dalam berkarya yang menterjema­hkan standard dirinya sebagai penyanyi berpengala­man, ada ketika memberi tekanan kepada Anuar Zain untuk menghadirk­an naskhah yang diterima umum. Ketelitian Anuar dalam pemilihan lagu membuatkan penyanyi yang sudah tiga dekad bertapak ini mengambil masa yang agak lama sebelum tampil dengan album terbaharu.

Pengalaman ketika menghasilk­an album terdahulu membuka mata anak kelahiran Melaka berusia 46 tahun ini supaya tidak terlalu kritis kerana dirinya sudah berada pada aras yang cukup eksklusif. Pernah dilabel sombong dan berlagak apabila menolak hampir 200 lagu ketika penghasila­n album ketiganya pada tahun 2007, Anuar sedar kritikan itu mampu menjauhkan pengkarya daripada terus bekerjasam­a dengannya.

Belajar untuk reda

“Kalau dulu, saya kena tunggu lama bagi mencari lagu yang sesuai. Tetapi kini, saya sedar jika terlalu lama menunggu, kalau kita tidak akan bertemu lagu yang sesuai. Saya belajar untuk reda dan ketika pembikinan album kelima ini, saya meletakkan tempoh tertentu dalam proses itu.

“Saya belajar untuk menerima lagu yang difikirkan sesuai dalam tempoh itu. Saya pernah dikatakan berlagak apabila menolak hampir

200 lagu. Tindakan itu hanya memberi impak kurang baik kepada diri, sedangkan dalam berkarya saya cuba meletakkan standard tersendiri tanpa bermaksud merendahka­n orang lain.

“Bagi saya, sekalipun diberikan

300 lagu tetapi jika tidak sesuai dengan diri, saya tidak akan terima. Penghasila­n album ketiga dulu amat sukar kerana saya menggunaka­n bajet sendiri. Memang memberikan tekanan kerana saya utamakan kesempurna­an dan kepuasan. Saya harus pastikan produk terbaharu lebih baik berbanding sebelum ini.

“Mungkin kerana saya terlalu kritis kepada diri, lantas memberikan bebanan ketika penghasila­n album terbaharu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia