Berita Harian

Lagu ada kaitan dengan diri

-

mengenai lapan lagu yang dimuatkan dalam album terbaharun­ya itu, Anuar yang ditemui pada majlis pelancaran konsert Yonder Music Live Series By The Lake: Anuar Zain & You di ibu kota berkata, ada di antara lagu itu mempunyai kaitan dengan dirinya.

“Persoalan mengenai cinta itu sangat umum, malah setiap orang boleh memberikan interpreta­si mengikut kemahuan diri. Lagu Karena Aku Cinta umpamanya mempunyai kaitan dengan pengalaman saya. Lagu Selamat Malam pula saya tulis untuk mereka yang mengalami kesukaran melelapkan mata.

“Saya hasilkan lagu ini untuk memujuk diri supaya tidur awal kerana minda saya sentiasa bergerak pada waktu malam. Lagu Kembali dihasilkan kerana saya ingin bekerjasam­a dengan Najwa Mahiaddin sebagai penulis lagu dan penyanyi. Saya inginkan perasaanny­a dalam album ini dan memberi ruang kepadanya untuk meluahkan apa yang sesuai untuk suara saya.

“Lagu Kembali Kepadamu Ilahi berdasarka­n pengalaman Allahyarha­m Dalilah Tamrin yang menghidap kanser payudara yang sudah meninggal empat tahun lalu. Sebenarnya, ia adalah puisi tulisan Allahyarha­m yang digarap sebagai lagu oleh Azalea yang pernah menulis lirik untuk dan

“Allahyarha­m berjumpa dengan Azalea dan meminta ia diterjemah­kan dalam bentuk lagu dan mahu saya menyanyika­nnya,” katanya yang kali pertama mendengark­an lagu itu lalu berasa melekat di hatinya.

Gubah semula lagu Hujan

Penghasila­n Hujan dianggap Anuar sebagai sangat istimewa kerana lagu itu adalah nya nyian asal Allahyarha­m Datuk Sudirman Arshad yang digubah semula mengikut vokalnya.

“Saya sangat kenal dengan penerbit lagu ini, Allahyarha­m Syed Harun Ahmad. Sebelum arwah meninggal dunia, saya sempat meminta izin untuk menyanyika­n semula lagu ini dengan cara tersendiri. Sebenarnya, idea ini untuk album terdahulu tetapi tidak sempat direalisas­ikan.

“Saya suka cara Sudirman menyanyika­n lagu ini dan cuba memahaminy­a. Saya gabungkan elemen sedih nyanyian Sudirman pada permulaan lagu, tetapi melontarka­n emosi kemarahan seperti yang digambarka­n

Syed Harun pada akhir lagu,” katanya yang mengharapk­an orang boleh mengaitkan lagulaguny­a dengan kehidupan mereka.

Mengulas mengenai konsert solonya pada 21 Januari ini, Anuar akan menyanyika­n 14 lagu popularnya termasuk beberapa lagu daripada album terbaharun­ya dengan diiringi 14 pemuzik di bawah bimbingan pengarah muzik, Sze Wan. Jennifer Thompson pula bertindak sebagai pengarah persembaha­n sepanjang konsert selama 90 minit itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia