Berita Harian

M agis malam kemuncak Gegar Vaganza 3

Tatahan kristal, taburan jemeki suntik aura mewah glamor

- Oleh Hidayah Mohammad

Bertubuh genit tetapi langsing memberi kelebihan kepada Siti Sarah untuk tampil anggun dalam persalinan pilihan. Menyerahka­n tanggungja­wab kepada pereka fesyen, Hatta Dolmat untuk menata hampir keseluruha­n gayanya sepanjang pertanding­an, penyanyi Kesetiaan itu begitu menyerlah dalam persalinan merah membara di pentas akhir. Bagaikan luapan semangatny­a untuk meraih kejuaraan,

Sentuhan yang diinspiras­ikan daripada rekaan Hollywood moden ini menterjema­hkan semangat luar biasa Sarah yang tidak gentar menyahut cabaran. hid_mohd@bh.com.my

Lapan minggu bertarung, kemuncak Gegar Vaganza (GV) musim ketiga yang melabuhkan tirainya di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Ahad lalu melakar sejarah peribadi buat penyanyi bersuara gemersik, Azharina Azhar apabila dinobatkan sebagai juara. Berdepan persaingan sengit daripada pencabar terdekatny­a, Siti Sarah Raissuddin yang mengakhiri perjuangan pada tempat kedua, Azharina menafikan keampuhan penyanyi bertubuh kecil molek itu menerusi pilihan lagu medley yang mencabar keampuhan vokalnya iaitu Izinkanlah dan nyanyian asal Allahyarha­m Nike Ardilla.

Kemuncak program yang mengembali­kan semula populariti penyanyi profesiona­l itu melimpahka­n aura tersendiri dengan kemunculan nama besar yang turut memberi sokongan kepada acara tahunan itu. Bagaikan pentas peragaan, kemilauan busana yang diberi sentuhan glamor menyemarak­kan lagi acara yang mencuri perhatian pencinta muzik itu.

menampilka­n gaya sebahagian bintang yang menyinari kemuncak

 ??  ?? Mama Aku Ingin Pulang B*POP GV3.
Mama Aku Ingin Pulang B*POP GV3.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia