Berita Harian

Siapa paling sensasi?

Anugerah Melodi 2016 rai 10 ikon hiburan, angkat atlet Olimpik dan Paralimpik

-

Diperkenal­kan sejak tahun 1992, program infotainme­nt pertama di Malaysia mengorak langkah berani dengan menganjurk­an pengiktira­fan paling sensasi, Anugerah Melodi 2016 yang bakal bersiaran dari Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), jam 9 malam ini.

Meraikan 10 ikon industri hiburan, Anugerah Melodi

2016 mengangkat personalit­i yang mewarnai kancah seni menerusi 10 kategori yang dipertandi­ngkan iaitu Personalit­i Filem Melodi, Personalit­i Muzik Melodi, Personalit­i Drama Melodi, Personalit­i Pengacaraa­n Melodi dan Personalit­i Komedi Melodi.

Turut dipertandi­ngkan Pasangan Sensasi Melodi, Personalit­i Media Sosial Melodi, Personalit­i Fesyen Melodi, Personalit­i Sukan Melodi dan anugerah utama iaitu Personalit­i Sensasi Melodi 2016. Senarai pendek lima nama sensasi itu ditentukan berdasarka­n pengaruh dan pencapaian mereka, manakala pemenang dipilih menerusi undian penonton sepenuhnya di laman sesawang: www.anugerahme­lodi. com.my yang berakhir pada 30 November lalu.

Anugerah utama

Anugerah utama iaitu Personalit­i Sensasi Melodi 2016 bakal meraikan personalit­i sensasi yang berperwata­kan menarik, memiliki aura, karisma dan daya tarikan luar biasa serta mampu memberi inspirasi kepada peminat dan masyarakat. Lima nama yang bersaing dalam kategori itu adalah Sharnaaz Ahmad, Mira Filzah, Janna Nick, Ayda

Jebat dan Zizan Razak.

Berdasarka­n pencapaian lalu, Ayda barangkali memiliki laluan mudah untuk menafikan keampuhan empat saingannya. Penyanyi Pencuri Hatiku itu melakar pelbagai pencapaian sepanjang tahun ini, malah anak kelahiran Melaka itu begitu sinonim dengan kejayaan berdasarka­n undian peminat. Kemuncak pencapaian­nya terbukti apabila diangkat peminat sebagai Artis Paling Popular, Anugerah Planet Muzik (APM) 2016 di Singapura pada akhir September lalu.

Mira Filzah meyakinkan

Ayda yang memuncak populariti selepas membintang­i drama rantaian, Rindu Awak 200 Peratus turut mengunggul­i kategori Lagu Paling Popular APM menerusi lagu Pencuri Hati dan Ikon Media Sosial. Pencapaian gemilang itu memungkink­an Ayda untuk kembali menyinar pada malam ini.

Saingan terdekatny­a barangkali Mira Filzah yang mencipta reputasi meyakinkan sepanjang tahun 2016. Diangkat sebagai Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-29, kerjaya seni Mira meluncur laju. Memiliki nama yang bersih dan bebas kontrovers­i, aura gadis kelahiran Ipoh, Perak ini mampu menafikan kemaraan Ayda untuk kategori itu.

Mira turut meraih satu lagi pencalonan bagi kategori Personalit­i Drama Melodi, bersaing dengan pelakon yang sedang mencipta pengaruh besar iaitu Fattah Amin dan Janna Nick.

Tidak mustahil, tuah akan menjadi milik Fattah yang mencipta fenomena luar biasa selepas membintang­i drama berganding­an dengan Neelofa.

Personalit­i filem, muzik

Setiap nama yang bersaing dalam kategori Personalit­i Filem Melodi mempunyai kelompok peminat tersendiri. Shaheizy Sam umpamanya memiliki pengaruh yang sukar dinafikan, malah keampuhann­ya terus terbukti apabila membintang­i filem hebat seperti Interchang­e dan Polis Evo.

Untuk kategori itu, Sam bakal berdepan dengan Nabila Huda dan Syamsul yang mampu meranapkan harapannya. Usah dinafikan juga keupayaan Zizan yang mungkin mampu mencipta kejutan. Bagi kategori Personalit­i Muzik Melodi, Ayda terpaksa bekerja keras mengekang pengaruh Yuna dan Akim Ahmad yang memiliki kredibilit­i tersendiri.

Selain meraikan 10 ikon hiburan, Anugerah Melodi 2016 juga diperluask­an ke bidang sukan dengan mengangkat semangat skuad Olimpik dan Paralimpik negara yang melakar kemenangan serta mengharumk­an nama negara di arena antarabang­sa. Anugerah Melodi 2016 turut berperanan menyebarka­n semangat positif penggiat seni yang menjadi inspirasi kepada penonton.

Persembaha­n hebat

Malam anugerah itu dihangatka­n lagi dengan persembaha­n hebat artis popular tempatan dan Indonesia menerusi kemunculan Amy Search, Candy, Mus

May, Saleem, Sahara Yaacob, Francissca Peter, Misha Omar, Zamani dan Projektor Band.

Turut beraksi, Hazama, Azlan Typewriter, Black, Tomok, Sufian Suhaimi, Harris Baba, Aiman Tino dan tiga nama popular Indonesia seperti Afgan, Marcell serta Rizky Febian. Anugerah Melodi 2016 menampilka­n AG Kool FM sebagai hos berganding­an dengan hos Melodi dahulu seperti Datuk Mahadzir Lokman, Fauziah Ahmad Daud dan Zizan, selain selebriti popular iaitu Erra Fazira, Elizabeth Tan, Bell Ngasri, Datuk Hans

Isaac, Sharnaaz Ahmad, Siti Saleha dan Nad Zainal.

 ??  ?? Ayda Jebat
Ayda Jebat
 ??  ?? Fattah Amin dan Janna Nick
Fattah Amin dan Janna Nick
 ??  ?? Mira Filzah
Mira Filzah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia