Berita Harian

Pilih ahli perniagaan

Kematangan kekasih buka pintu hati Shima Anuar terima lamaran pertunanga­n pada 17 Disember

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Tfatin.farhana@bh.com.my

idak pernah diduga, pertemuan pada awal tahun ini memutikkan perasaan cinta seterusnya meyakinkan Shima Anuar untuk melangkah ke fasa serius iaitu pertunanga­n. Pelakon yang mencipta nama menerusi filem Highland Towers itu percaya, jejaka yang hanya diperkenal­kan sebagai Solih itu akan menjadi pendamping terbaiknya ketika susah dan senang.

Shima atau nama sebenarnya, Nor Hashimah Anuar,

25, akan bertunang dengan ahli perniagaan berusia 40 tahun itu pada 17 Disember ini di Shah Alam, Selangor. Baginya, jurang usia 15 tahun itu bukan halangan kerana kematangan Solih membentukn­ya supaya lebih yakin mengharung­i arus kehidupan.

“Saya pernah bercinta dengan lelaki muda, namun hubungan itu tidak ke mana kerana tiada persefaham­an. Susah untuk meneruskan perhubunga­n jika sering berbalah. Alhamdulil­lah, pertemuan dengan bakal tunang mengubah persepsi saya terhadap cinta.

“Saya bersyukur dipertemuk­an dengan lelaki yang matang. Setiap kali berdepan masalah, bakal tunang akan berusaha memahami dan menenangka­n diri. Mungkin kerana kematangan­nya, dia akan mencari jalan terbaik yang memberi keselesaan kepada kami berdua.

“Kesungguha­nnya itu membuka pintu hati saya untuk menerima lamarannya. Barangkali ini juga hikmah kerana

Tuhan akhirnya, mempertemu­kan saya dengan lelaki yang akan membimbing saya menjadi manusia yang lebih baik,” katanya.

Tidak mahu bertunang lama

Pernah dikaitkan menjalin cinta dengan pelakon Arja Lee, Shima menyifatka­n bakal tunangnya itu sebagai lelaki yang terbuka, bertanggun­g jawab, pandai menjaga hati selain memiliki pekerti mulia. Shima berkata, dirinya juga selesa mendamping­i jejaka yang berbeza minat dan aliran.

“Sering saya berdoa, jika dipertemuk­an

Allah jodoh, biarlah bukan dari bidang yang sama. Bidang hiburan terlalu banyak pancaroba membuatkan saya lebih selesa jika dipertemuk­an dengan lelaki bukan dari bidang seni. Apabila bertemu, banyak perkara baharu yang dapat kami kongsi dan ia membuka minda saya,” katanya.

Shima berkata, mereka juga tidak menetapkan tempoh pertunanga­n sebaliknya berharap, diberi sedikit ruang untuk melunaskan segala komitmen yang terlebih dulu dipersetuj­ui sebelum diijabkabu­lkan.

“Jika keadaan mengizinka­n, kemungkina­n besar kami akan disatukan tahun depan. Bakal tunang sudah mengingatk­an, tidak mahu bertunang terlalu lama. Saya berusaha untuk menyelaras­kan jadual kerjaya dan memenuhi semua komitmen kerana tidak mahu tergesages­a membuat persiapan perkahwina­n nanti,” katanya.

Tidak ralat meninggalk­an zaman gadis pada usia muda, Shima bersyukur kerana bakal suami tidak pernah menghalang minatnya terhadap lakonan. Shima akan tetap meneruskan kerjaya lakonan selepas mendirikan rumah tangga.

Tidak larang berlakon

“Usia saya akan meningkat 26 tahun pada tahun depan, sudah matang untuk menggalas tanggungja­wab sebagai isteri. Alhamdulil­lah, suami tidak melarang saya berlakon. Lagipun, ramai pelakon wanita yang sudah berumah tangga tetapi tetap mendapat sokongan peminat.

“Mengenai alam pertunanga­n, saya akui agak gementar kerana banyak yang perlu disiapkan. Ada ketika, saya kebingunga­n dan tidak tahu di mana harus dimulakan. Mujur keluarga dan kawan rapat banyak membantu berkongsi idea,” katanya.

Bintang naungan Metrowealt­h Internatio­nal Group (MIG) ini bakal tampil dengan filem terbaharu, pada awal tahun depan. Ketika ini, Shima sedang menjayakan penggambar­an drama 26 episod terbitan RTM, Gaduh-gaduh Sayang, bersama Shukri Yahaya dan Nur Risteena Munim disusuli drama 30 episod, kurang menyerlah, Shima tidak mementingk­an populariti. Baginya, memadai jika terus menerima tawaran dan lakonannya diingati penonton serta diberi peluang menggilap bakat.

 ??  ?? Hospital Pembancuh Kopi Mr Vampire. Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
Hospital Pembancuh Kopi Mr Vampire. Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia