Berita Harian

Sukar ucap selamat tinggal

Lee Kwang Soo semakin sebati dengan rentak Running Man selepas tujuh tahun bersama

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Tfatin.farhana@bh.com.my

ujuh tahun bersama program permainan popular Korea

Selatan, Running Man

menyukarka­n pesertanya, Lee Kwang Soo untuk mengucapka­n selamat tinggal. Keakraban bersama peserta dan kru produksi membuatkan Kwang Soo begitu dekat dengan program yang tidak hanya melonjakka­n namanya di negara kelahiran, tetapi juga di seluruh dunia.

Baginya, Running Man

membawa makna yang terlalu besar apabila bakatnya dihargai menerusi pelbagai peluang. Populariti program itu juga membuatkan dirinya dihargai seluruh peminat dunia.

“Running Man membawa saya di mana saya berada sekarang. Seminggu sekali berkumpul untuk memulakan penggambar­an cukup menyeronok­kan, malah ia sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Ia umpama rutin seperti saya meneguk air setiap kali bangun tidur,” katanya.

Memulakan kerjaya seni pada tahun 2007 selepas berjinak-jinak dengan dunia peragaan, bakat lakonan Kwang Soo mula meraih perhatian apabila diberi peluang membintang­i drama dan Penyertaan­nya dalam

Man membuka pintu lebih luas untuk Kwang Soo mengejar impian dalam lakonan.

“Jika bukan kerana populariti program itu, tidak mungkin saya dapat bertemu peminat di sini. Saya gembira kerana Running Man membawa saya lebih dekat dengan peminat di luar Korea Selatan. Selepas tujuh tahun, ia menjadi semakin sebati dengan diri, malah sukar untuk saya berpisah daripada program ini.

“Secara peribadi, saya tidak menyangka Running Man akan bertahan sehebat ini. Tanpa sokongan semua, sukar untuk kami merentasi laluan panjang ini. Running Man adalah seperti cinta pertama saya,” katanya ketika memenuhi jemputan sebagai tetamu undangan program realiti,

yang dilancarka­n di Kelana Jaya, baru-baru ini.

Running Man versi tempatan

Diinspiras­ikan daripada Running Man, program permainan versi tempatan itu menampilka­n nama popular seperti

Ayda Jebat, Saharul Ridzwan, Hairul Azreen dan Ajak Shiro yang menjalani penggambar­an di Upper Atrium, Paradigm Mall dan bakal ditayangka­n menerusi saluran ONE HD (Astro 393) pada 1 Januari ini, jam 4.45 petang.

Sejurus selepas pelancaran program, Kwang Soo yang berkunjung ke ibu kota buat kali keempat turut meluangkan masa bersama peminat untuk bergambar kenangan. Kwang Soo terlebih dulu bertandang ke ibu negara pada tahun 2004 untuk sesi bertemu peminat, disusuli kunjungan kedua pada tahun yang sama, seterusnya kembali untuk pelancaran jenama produk pada Mac lalu.

Setiap kunjungann­ya pasti menerima sambutan hebat dan kedatangan terbaharu Kwang Soo disambut lebih 5,000 peminat yang berasak-asak mendekatin­ya. Sebaik saja menjejakka­n kaki ke ruang legar Paradigm Mall, sorakan peminat bergema membuktika­n pengaruh Kwang Soo yang tidak pernah luntur.

Di sebalik senyumanny­a, Kwang Soo masih belum mampu menyembuny­ikan kesedihann­ya apabila persoalan mengenai bekas peserta Running Man, Gary Kang diajukan. Gary mengambil keputusan meninggalk­an Running Man pada Oktober lalu untuk memberi fokus kepada karier muziknya.

Emosi ketiadaan Gary Kang

“Kami terlalu rapat antara satu sama lain, malah sudah seperti keluarga besar. Mungkin kerana hubungan kami yang terlalu rapat membuatkan program ini mendapat sambutan hebat. Gary juga bekerja keras menaikkan populariti program ini dan sudah pasti, ketiadaann­ya begitu dirasai.

“Meskipun Gary sudah tidak bersama lagi, saya berharap peminat akan terus memberikan sokongan kepada katanya emosi.

dan Song ini juga sedang menjayakan beberapa naskhah lain, namun belum bersedia untuk berkongsi mengenainy­a. Kwang Soo bagaimanap­un, begitu menghargai sokongan peminat yang tidak pernah jemu menaikkan semangatny­a untuk terus berkarya.

“Saya gembira dengan pencapaian, malah akan kekal fokus dengan apa yang saya lakukan. Saya mahu mencapai lebih banyak kejayaan,” katanya turut dikenali menerusi drama,

Love dan Bintang

 ??  ??
 ??  ?? Kwang Soo (tengah) bergambar bersama peminat selepas pelancaran program Running Man Challenge - Hydrated By 100Plus di Paradigm Mall.
Kwang Soo (tengah) bergambar bersama peminat selepas pelancaran program Running Man Challenge - Hydrated By 100Plus di Paradigm Mall.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia