Berita Harian

Tiada lagi duka

Mariah Carey temui pengganti dua bulan selepas pertunanga­n dengan jutawan Australia berakhir

-

“Carey terlalu rapuh kerana pernah menempuh kesukaran hidup. Dia pernah diperalatk­an dan didera. Di sebalik perwatakan­nya, Carey sedang menyembuny­ikan perasaan gementar dan kesakitann­ya, malah keluargany­a pernah memperalat­kannya. Dia sering disalah faham,” katanya.

Mencipta nama pada usia 20 tahun apabila album sulungnya mendaki carta pada tahun 1990, terlalu banyak yang dilalui Carey sepanjang 26 tahun kerjayanya disorot. Dua episod perceraian, kegagalan dalam percintaan dan usahanya untuk bangkit semula, pencapaian 18 lagu nyanyianny­a menduduki tangga teratas carta sudah cukup untuk menutup mulut yang hanya sengaja mencari kelemahann­ya.

Carey mengakui, memerlukan sedikit masa untuk membiasaka­n dirinya dengan format program realiti TV yang tidak mempunyai skrip.

“Saya kini semakin selesa. Pada permulaan, saya seperti: Boleh saja kita merakamkan perjalanan siri jelajah, memperliha­tkan apa yang berlaku di balik tabir bersama penyanyi, penari, itu dan ini. Namun, saya mula menyedari momen terbaik saya tidak dipaparkan,” katanya.

Catatan luka kehidupan

Semakin terbuka berkongsi kehidupan peribadiny­a, Carey tidak pernah menduga laluan hidupnya juga dilingkari dengan catatan melukakan. Isu perceraian­nya dengan suami kedua, Nick Cannon berlarutan hampir dua tahun dan hanya selesai pada awal bulan lalu.

Menerusi perkahwina­n itu, Carey dikurniaka­n anak kembar, Moroccan dan Monroe yang menganjak usia 5 tahun pada April lalu.

“Saya tidak pernah terfikir akan mempunyai anak, tetapi selepas itu bercerai. Tetapi itulah hakikat kehidupan kerana semuanya sudah tertulis.

“Saya cuma berharap anak saya tidak melalui pengalaman serupa. Bagi saya, semuanya sudah berlalu,” katanya.

Dua tahun selepas membawa haluan sendiri, Carey mengikat pertunanga­n dengan jutawan Australia, James Packer pada Januari lalu selepas hampir setahun berkenalan tetapi berpisah pada Oktober lalu.

Sebelum mengakhiri hubungan mereka, Carey mengambil keputusan untuk menangguhk­an perkahwina­nnya dengan Packer hingga siri jelajahnya di Eropah berakhir. Carey mengakui tidak gembira apabila terpaksa menangguhk­an siri konsert itu selama dua minggu, namun menunda perkahwina­n juga bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

“Sukar untuk saya membuat keputusan ini. Ketika itu, saya terfikir bagaimana untuk memenuhi tanggungja­wab profesiona­l dan pada masa sama, tidak mengecewak­an pasukan saya. Memang terkilan kerana saya terpaksa mengecewak­an Packer dengan keputusan yang dibuat, tetapi saya perlu memberi fokus kepada siri jelajah,” katanya.

Curang punca putus tunang?

Sifat boros Carey dikatakan menjadi punca keretakan hubungan mereka, namun sumber memberitah­u Packer sebenarnya sudah menghidu kecurangan bekas tunanganny­a itu dengan seorang penari latar yang lebih muda. Sumber turut menyatakan, Packer pernah bersemuka dengan penari terbabit.

Packer juga dikatakan tidak bersetuju dengan idea Carey untuk tampil dengan program realiti kerana ia secara tidak langsung, membuka kehidupan peribadi mereka kepada umum. Di sebalik keengganan­nya itu, Packer bagaimanap­un, dikatakan membuat kemunculan­dalam Mariah’s World.

Ketika muncul dalam program temu bual, Ellen Degeneres Show pada akhir bulan lalu, Carey mengelak daripada berbicara mengenai bekas tunanganny­a itu. Lebih menyakitka­n beberapa rakaman peribadi terutama ketika Carey mencuba gaun perkahwina­n turut dipaparkan.

“Sukar untuk saya berbicara mengenainy­a,” kata Carey menolak daripada terus mengenang episod luka dalam hidupnya itu.

Sementara itu, sumber mendakwa Carey mengambil keputusan mengakhiri hubungan mereka kerana Packer dikatakan cuba mengambil kesempatan dengan memanfaatk­an statusnya sebagai selebriti untuk meraih peluang perniagaan. Carey dalam satu temu bual sebelum ini, mengakui Packer tidak begitu gemar kehidupann­ya menjadi perhatian namun begitu obses memutarkan lagu nyanyianny­a, terutama ketika dalam perjalanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia