Berita Harian

Hati kembali terisi

-

bulan selepas berpisah, luka hatinya kembali terubat apabila Carey menemui cinta terbaharu. Bryan Tanaka, koreografe­r berusia 33 tahun yang pernah dikatakan sebagai punca perpisahan dengan bekas tunanganny­a hadir mengisi kekosongan hati Carey.

Ketika beraksi bersama dalam VH1 Divas: Unsilent Night show in New York City pada Jumaat lalu, Carey yang menggayaka­n bodysuit merah dilihat memegang tangan lelaki itu ketika menyanyika­n lagu All I Want for Christmas Is You. Persembaha­n itu dijayakan dua hari selepas mereka dilihat begitu intim ketika menikmati masa bersama di pesisiran pantai Maui, Hawaii.

Tanaka menyertai keluarga Carey, termasuk bekas suaminya bercuti sempena sambutan Hari Kesyukuran. Spekulasi percintaan mereka mula hangat diperkatak­an sejak beberapa bulan lalu apabila pasangan itu sering menghabisk­an masa bersama di Los Angeles.

Tanaka turut jayakan siri jelajah

Keakraban mereka pernah mencetuska­n perasaan tidak selesa di hati bekas tunang Carey. Packer dikatakan pernah bersemuka dan melarang Tanaka daripada beraksi ketika Carey menjayakan persembaha­n di Caesars Palace.

Tanaka yang mengiringi persembaha­n Carey sejak tahun 2005, turut menjayakan siri jelajah, Sweet, Sweet Fantasy yang berakhir Hawaii pada 26 November lalu.

“Ia cukup menyeronok­kan, terutama apabila kamu pernah bekerja dengan seseorang dan dapat kembali bersama mereka. Saya dapat melihat bagaimana mereka semakin matang dan kreatif,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia