Berita Harian

Usah remehkan sakit kepala

Petanda penyakit berbahaya sekiranya tiada rawatan segera

- Oleh Halina Mohd Noor

nampak titik-titik, zig-zag, silau (okular migrain).

Rasa berpusing-pusing (vestibular migrain)

Sakit kepala ketika datang haid.

Tidak boleh disembuhka­n tetapi boleh dikawal dengan: Anti migrain

Perubahan gaya hidup

(contoh: memakai cermin mata gelap ketika berada di bawah cahaya matahari)

Memastikan rutin dijalani

tidak banyak berubah seperti waktu tidur yang tetap.

Khalina_mdnoor@bh.com.my

ebanyakan orang pasti akan mengalami sakit kepala sekurangku­rangnya sekali sepanjang hayat dan ia selalunya dianggap penyakit biasa sahaja.

Namun, sakit kepala yang dialami perlu dikenal pasti sama ada serangan yang dialami itu biasa atau bahaya.

Tidak dinafikan ada sakit kepala tidak membahayak­an tetapi sesetengah­nya boleh menyebabka­n bencana atau sesuatu yang lebih teruk sehingga menjejaska­n rutin harian sekiranya tidak ditangani.

Apa yang penting adalah mengenal pasti apakah jenis sakit kepala yang menyerang anda sama ada ia boleh membahayak­an kesihatan atau sebaliknya.

Kenal pasti kategori serangan

Pakar Neurologi Pusat Perubatan Sri Kota, Dr Hasnur Zaman Khan, berkata terdapat dua jenis sakit kepala iaitu primer dan sekunder.

Sakit kepala jenis primer kata beliau, ada masanya menyebabka­n kehidupan harian terjejas tetapi tidak akan menyebabka­n kemerosota­n dari segi kesihatan atau tidak bahaya dalam tempoh jangka panjang.

Dr Hasnur berkata, sakit kepala sekunder pula mesti dikenal pasti kerana akan menyebabka­n sesuatu yang bahaya dan boleh menyebabka­n maut sekiranya tidak dirawat.

Migrain yang lazim dialami oleh kebanyakan orang adalah jenis sakit kepala jenis tekanan dan kluster.

“Sakit kepala jenis tekanan adalah paling kerap menyerang sesiapa saja,” katanya.

Buat pemeriksaa­n

Beliau menjelaska­n, kebanyakan orang keliru antara migrain dan sakit kepala jenis tekanan yang lazimnya tidak begitu teruk, berbanding sakit kepala akibat migrain yang boleh menjadi teruk sehingga muntah.

“Sakit kepala jenis sekunder boleh berlaku secara tiba-tiba.

“Bagi penghidap tekanan darah tinggi serta tidak pernah mengalami sakit kepala yang teruk, mereka perlu segera ke hospital untuk pemeriksaa­n lanjut.

“Ini kerana sakit kepala berkenaan berkemungk­inan berpunca daripada salur darah bergumpal di dalam otak yang boleh pecah dan mengakibat­kan pendarahan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia