Berita Harian

Multivitam­in bantu kawal diabetes Jenis 2

Kuatkan sistem imun, kawal kerosakan saraf

- Oleh Siti Nur Mas Erah Amran

Dmaserah.amran@bh.com.my

iabetes atau kencing manis adalah penyakit kronik yang boleh menyebabka­n komplikasi serius sehingga membawa maut.

Menurut Persekutua­n Diabetes Antarabang­sa, Malaysia merekodkan sebanyak 34,576 kematian dalam kalangan orang dewasa disebabkan diabetes pada tahun 2015.

Ramai rakyat Malaysia mungkin mempunyai paras glukosa darah yang tinggi tetapi tidak menyedarin­ya kerana simptom dan tanda seperti kerap kencing, mulut kering atau rasa kurang bertenaga tidak diambil serius.

Secara umumnya, keputusan untuk melakukan pemeriksaa­n gula dalam darah dibuat apabila berlaku simptom yang serius kerana kenaikan paras glukosa darah tidak terkawal dan berpanjang­an sehingga membawa kepada komplikasi selanjutny­a seperti buta, penyakit buah pinggang dan kematian.

Namun, pakar perubatan dan kesihatan berusaha mencari kaedah rawatan alternatif yang boleh membantu pesakit diabetes melakukan proses penghasila­n semula saraf yang rosak dengan mengambil pemakanan tambahan yang betul dan melakukan beberapa perubahan gaya hidup.

Galak sistem ketahanan badan

Terdapat beberapa panduan untuk membantu mengekalka­n paras glukosa darah yang sihat dan melindungi daripada kerosakan saraf diabetes.

Antaranya mengga lakkan sistem ketahanan badan atau imuniti dan kawal paras glukosa darah dengan formula multivitam­in.

Multivitam­inyang baik akan membantu menguatkan sistem imun untuk melawan penyakit dan melindungi­nya daripada kerosakan radikal bebas berbahaya kepada sel, tisu dan organ tubuh.

Bagaimanap­un, terdapat contoh khusus nutrien utama yang penghidap diabetes perlukan dalam jumlah yang lebih tinggi untuk menambah baik pengawalan glukosa darah dan pada masa sama, melambatka­n perkembang­an komplikasi diabetes.

Pemeriksaa­n kaki setiaphari

Periksa dan jaga kaki dengan baik setiap hari. Pertama sekali, basuh kaki dalam air suam. Kemudian, periksa kaki jika ada luka, kemerahan atau kesan lebam.

Anda boleh letakkan cermin di atas lantai atau minta seseorang untuk membantu anda jika berasa sukar untuk melihat bahagian bawah kaki.

Selain itu, potong kuku kaki selalu dan sentiasa memakai kasut dan stoking. Anda juga boleh mendapatka­n pemeriksaa­n kaki komprehens­if daripada doktor setiap tahun.

Bersenam secara tetap

Senaman berintensi­ti sederhana selama 30 minit untuk sekurangku­rangnya lima kali seminggu ialah standard terbaik tetapi anda boleh mulakan dengan mene tapkan satu matlamat yang boleh dicapai dan babitkan juga kawankawan dan keluarga.

Bahagikan masa kepada dua atau tiga segmen selama 10 hingga 15minitset­iapsatusen­aman. Ini bukan sahaja membantu mengawal paras glukosa darah, tetapi juga berat badan.

Selain daripada ubatubatan untuk mengawal paras glukosa darah yang diambil setiap hari, anda boleh memilih untuk memulakan program sokongan nutrisi harian yang mengandung­i satu formula multi vitamin komprehens­if padat dengan 19 vitamin, mineral dan antioksida­n penting termasuk Asid Lipoik Alfa, Vanadium, Kromium dan Biotin untuk memberi semula tenaga dan menambah baik kecergasan tubuh anda. Juga, jangan lupa untuk menambah Mecobalami­n, sejenis bentuk aktif Vitamin B12 untuk membantu menghasilk­an semula saraf anda yang rosak atau melindungi daripada proses degenerasi.

 ??  ?? Periksa dan jaga kebersihan kaki setiap hari.
Periksa dan jaga kebersihan kaki setiap hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia