Berita Harian

Sediakan makanan secara lebih sihat

Kurangkan penggunaan minyak, hindari lemak tidak diperlukan badan

- Oleh Halina Mohd Noor

Phalina_mdnoor@bh.com.my

engguna perlu bijak menangani kenaikan harga minyak masak dengan mengambil langkah mengubah suai kaedah memasak yang kurang atau tanpa menggunaka­n minyak.

Sudah sampai masanya kita menyediaka­n makanan sihat untuk keluarga tanpa memasak menggunaka­n kaedah menggoreng yang memerlukan banyak minyak masak.

Ini kerana kebanyakan penyakit tidak berjangkit hari ini seperti kegemukan atau obesiti yang menjadi punca penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi berpunca daripada corak pemakanan kurang sihat.

Pengurus Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Datin Farah Diba Khan, berkata makanan sihat bermakna penyediaan makanan untuk mengekalka­n nutrien dan mencegah penyakit.

“Penyediaan makanan secara lebih sihat amat penting bagi mengekalka­n nilai nutrien daripada makanan, termasuk menggunaka­n lemak yang sihat untuk keperluan tubuh,” katanya.

Panggang lebih baik daripada goreng

Kaedah memasak yang sihat seperti mengukus dan memanggang adalah lebih baik berbanding menggoreng yang memerlukan penambahan lemak untuk mendapat hasil masakan yang dikehendak­i.

Penyerapan nutrien secara langsung dikaitkan dengan contoh bagaimana makanan disediakan seperti kacang hijau, saderi, lobak merah dan brokoli.

Penggunaan garam untuk rasa tambahan boleh digantikan dengan menggunaka­n pelbagai herba dan rempah lain untuk masakan lebih sihat.

Elakkan makan makanan dari dalam tin atau diproses kerana mungkin ia mengandung­i garam tambahan, gula dan lemak yang juga menyebabka­n badan kita kekurangan fitokimia dan nutrien diperlukan.

Farah Diba juga menasihatk­an sayur-sayuran digalakkan diambil secara mentah bagi mengekalka­n khasiatnya berbanding digoreng seperti yang sering dimasak sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia