Berita Harian

Mengatasim­asalah pundi kencing

Lancarkan aktivitiha­rian dengan lampin pakai buang

- Oleh Halina Mohd Noor

Phalina_mdnoor@bh.com.my

ertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), melaporkan lebih daripada 200 juta orang di seluruh dunia mengalami masalah pundi kencing atau inkontinen urinari.

Kira-kira 1.3 juta penduduk di negara ini mungkin mengalami inkontinen di mana satu daripada 10 wanita dan satu daripada 30 lelaki mengalamin­ya.

Dalam kalangan warga tua pula, sekurang-kurangnya satu daripada dua warga emas mengidap masalah inkontinen urinari.

Inkontinen adalah keadaan di mana terjadinya pembuangan air kencing atau najis secara tidak terkawal.

Walaupun tidak mengancam nyawa, masalah ini dikaitkan dengan banyak salah faham dan mitos, antaranya adalah satu kebiasaan dalam proses penuaan dan hanya mereka yang berumur saja yang mengalamin­ya.

Ganggu aktiviti harian

Perkara penting perlu diberi perhatian ialah inkontinen bukan sejenis penyakit, tetapi simptom yang mungkin berpunca daripada masalah perubatan atau fizikal.

Tanpa pengurusan wajar, penderita inkontinen berkemungk­inan lebih gemar mengasingk­an diri dan mengalami gangguan dalam kegiatan harian.

Sehubungan itu, TENA, pemimpin global dalam penjagaan inkontinen menyumbang­kan RM13,000 kepada Pusat Jagaan Siti

Nor Aini di Kajang, Selangor sebagai inisiatif kebajikan bersama rakan niaganya dalam kalangan peruncit Giant, Guardian dan Mydin.

Berbakti kepada komuniti

Pada bulan Ramadan lalu,

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia