Berita Harian

Kekal sihat dan cergas

Ubah tiga perkara dalam diet untuk menjaga kesihatan diri

- Susunan Nasuha Badrul Huzaini

Pnasuha@bh.com.my

engambilan nasi, kopi dan bijirin adalah antara elemen penting dalam diet seharian.

Bagaimanap­un, pakar nutrisi, Cassandra Barns mencadangk­an supaya Dos kafein yang tinggi boleh menyebabka­n badan mengeluark­an lebih banyak hormon tekanan. Teh matcha pula adalah alternatif yang semula jadi dan sihat yang boleh menjana tenaga tanpa sebarang kesan sampingan. Kajian telah mencadangk­an bahawa yang ada dalam teh hijau boleh sampai kepada otak dan melindungi neuron. Ia sekali gus mampu menghalang fungsi otak daripada merosot.

Selain itu, ada kajian lain yang turut mendapati teh matcha juga membantu menyokong metabolism­e dan pengurusan berat badan. Cassandra berkata teh matcha mengandung­i L-theanine yang merangsang gelombang alpha otak serta memperbaik­i tumpuan serta dalam masa yang sama mengeluark­an kesan santai kepada badan rutin pemakanan harian diubah bagi mengelakka­n penyakit selain dapat memaksimum­kan tahap kesihatan.

Baiki kesihatan

Menurutnya, tukaran diet yang ringkas boleh membantu memperbaik­i kesihatan di samping menjadikan risiko untuk menghidap penyakit jantung, kanser dan nyanyuk semakin berkuranga­n.

Namun, tidak ramai yang mahu melakukan perubahan kerana sudah terbiasa dengan rutin yang mereka amalkan selama ini.

Cassandra berkongsi kaedah ringkas penukaran diet yang boleh diamalkan demi kesihatan yang lebih baik. Langkah menggantik­an susu coklat dengan koko mentah boleh memberikan kesan yang besar kepada jumlah gula dalam badan. Di Amerika Selatan, koko dianggap sebagai manfaat perubatan dan ia digunakan sebagai mata wang pada zaman purba. Ia mengandung­i hampir empat kali anti oksidan berbanding coklat biasa dan dikatakan boleh menghalang penyakit jantung dan beberapa jenis kanser yang lain. Ia juga mengandung­i protein, kerotin, magnesium dan sulfur yang penting untuk fungsi badan. Cassandra berkata koko adalah sejenis makanan berkhasiat kerana ia kaya dengan mineral dan antioksida­n Sarapan pagi dianggap sebagai hidangan yang paling penting dan ia perlu diambil setiap hari. Penting untuk kita pastikan makanan yang betul di waktu pagi. Kebanyakan bijirin mengandung­i jumlah gula yang tinggi oleh itu semangkuk kecil bubur boleh dijadikan sebagai pengganti. Kajian di Amerika Syarikat mendapati dengan memakan semangkuk kecil bubur setiap hari boleh menjadikan hidup lebih sihat.

Bijirin juga selalunya tinggi kalori dan mempunyai minyak yang tidak diperlukan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia