Berita Harian

Sayu hilang enam ahli keluarga sekelip mata

Anak sulung, ibu bapa baru 3jamrai majlis akikah sebelum nahas

- Oleh Rafidah Mat Ruzki, Rosli Ilham dan Aslina Abu Bakar

Bagi Busyarah Ahmad Razis, beliau bukan sahaja kehilangan anak sulung dalam sekelip mata, malah ibu bapanya yang baru tiga jam meraikan majlis akikah serta doa selamat anak bongsunya, turut terkorban dalam satu kemalangan.

Busyarah, 35, reda dengan kehilangan anaknya, Sofea Adriana Shahruddin, 7, ibu bapanya, Ahmad Razis Abdul Rahman, 63, dan Pauziyah Awang, 56, dalam kemalangan di Kilometer 288.6, Lebuh Raya Pantai Timur 2, dekat sini, pada jam 6.10 petang kelmarin.

Yang turut terkorban, ibu saudara Busyarah, Mahani Ngah, 42, dan dua anak Mahani, Quratulnis­a Ahmad Nasal, 11, dan Ahmad Nijat, 9.

Busyarah yang menetap di Shah Alam, Selangor, berkata beliau mengadakan kenduri akikah dan doa selamat di rumah mentuanya di Felda Jengka 10, Pahang, kelmarin.

“Saya ajak ibu bapa bersama ke Jengka dan kami tiba jam 8 malam kelmarin. Secara kebetulan bapa saudara (Ahmad Nasal) sekeluarga bercuti di Bukit Fraser, Pahang dan ayah menjemputn­ya sekali ke majlis itu,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Kemaman di sini, malam kelmarin.

Bercuti di Kuala Terengganu

Katanya, bapanya teringin bercuti di Kuala Terengganu selain ingin menziarah adiknya yang belajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

“Saya dan suami tidak ikut tetapi kami membenarka­n Sofea Adriana mengikuti datuk dan neneknya ke Kuala Terengganu dan mereka bertolak kirakira jam 3 petang selepas majlis kenduri itu, ” katanya.

Katanya, ibu bapa dan anaknya menaiki kereta bersama Ahmad Nasal sekeluarga dan terkejut apabila menerima panggilan memaklumka­n keluargany­a terbabit kemalangan.

Berpindah kereta Di Shah Alam,

anak Ahmad Razis, Ahmad Afandi, berkata ibu dan anak saudaranya yang menumpang keretanya berpindah ke kereta dipandu bapa saudaranya sebelum nahas.

“Pada mulanya saya tidak perasan ia membabitka­n kenderaan dinaiki keluarga sendiri kerana ternampak enjin kereta itu di sebelah kanan jalan.

“Kami tidak dapat teruskan perjalanan kerana laluan terhalang sebelum saya ternampak Ahmad Nasal keluar dari kereta mencari anaknya.

“Saya kemudian mencari keluarga saya sebelum menemui ibu dan anak saudara saya tercampak di tepi jalan,” katanya ketika ditemui selepas pengebumia­n Pauziyah, Ahmad Razis, dan Sofea Adrianna di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, semalam.

 ?? [FOTO MUHAMMAD SULAIMAN/BH] ?? Ahmad Afandi menyiram air mawar ke atas pusara ibu bapanya sambil diperhatik­an Shahruddin (kanan) dan Busyarah (duduk tengah) di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, semalam.
[FOTO MUHAMMAD SULAIMAN/BH] Ahmad Afandi menyiram air mawar ke atas pusara ibu bapanya sambil diperhatik­an Shahruddin (kanan) dan Busyarah (duduk tengah) di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia