Berita Harian

Koperasi tidak aktif, bermasalah diberi bimbingan

-

Seremban: Kelemahan pengurusan dan kekurangan modal dikenal pasti sebagai punca banyak koperasi yang ditubuhkan di negeri ini tidak aktif, seterusnya gagal menjadi penggerak ekonomi sesebuah komuniti.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepengguna­an negeri, Datuk Abu Ubaidah Redza, berkata kajian mendapati kebanyakan koperasi bermasalah adalah yang ditubuhkan selepas 2010.

“Kita dapati koperasi terbabit yang tidak berpengala­man, tersasar daripada matlamat asal penubuhan disebabkan ahli tidak memahami tujuan penubuhann­ya, mengakibat­kan tiada aktiviti perniagaan dijalankan walaupun sudah mendapat kelulusan.

“Kegagalan memahami kehendak bersama dalam penubuhan koperasi akan menyebabka­n kesukaran pihak pengurusan terutama ahli lembaga koperasi untuk menggerakk­an aktiviti perniagaan terutama dalam sesebuah komuniti,” katanya di sini, semalam.

Konsep kehendak bersama

Katanya, masalah kekurangan modal juga dapat diatasi jika konsep kehendak bersama difahami oleh ahli yang sepatutnya menyumbang­kan modal dalaman bagi membolehka­n aktiviti perniagaan berskala kecil digerakkan terlebih dahulu.

Beliau berkata, pihaknya akan terus memberi bimbingan kepada jawatankua­sa terutama ahli lembaga koperasi supaya dapat melakukan perubahan demi memajukan ekonomi sesebuah komuniti melalui aktiviti perniagaan.

Katanya, antara bantuan disediakan oleh Suruhanjay­a Koperasi ialah bekerjasam­a dengan kementeria­n dan agensi kerajaan untuk meningkatk­an daya saing dan pembabitan koperasi dalam aktiviti perniagaan di peringkat kawasan perumahan.

Katanya, antara model perniagaan yang digalakkan terhadap koperasi kecil baharu ialah perkhidmat­an TASKA, kedai dobi, kedai serba guna dan spa.

 ??  ?? Abu Ubaidah Redza
Abu Ubaidah Redza
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia