Berita Harian

Turki tahan 118, Mesir kebumi 25 mangsa

Anggota pembangkan­g didakwa ada kaitan dengan PKK, Israel gesa Kaherah perangi pengganas bersama

-

l

Polis Turki menahan 118 orang dalam serbuan di seluruh negara menyasar pegawai Parti Demokratik Rakyat proKurdis (HDP) berhubung dakwaan kaitan dengan militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK), kata agensi Anadolu semalam.

Operasi itu dilancarka­n selepas cawangan PKK kelmarin mengaku bertanggun­gjawab atas pengeboman serentak yang mengorbank­an 44 orang dan mencederak­an 155 lain di luar sebuah stadium bola sepak di ibu kota ini.

Menteri Kesihatan Recep Akdag dipetik Anadolu dan media lain berkata, angka kematian meningkat kepada 44 orang berbanding 38 sebelum ini, dengan 36 daripadany­a pegawai polis.

Beberapa jam selepas dakwaan itu, jet pejuang Turki menjalanka­n serangan udara ke atas sasaran PKK di utara Iraq, memusnahka­n ibu pejabat militan, tempat simpanan senjata dan perlindung­an, kata kenyataan tentera.

Anadolu berkata, sekitar awal pagi, kira-kira 500 anggota polis disokong kenderaan perisai dan sebuah helikopter, melancarka­n operasi di bandar selatan Adana serta menahan 37 pegawai HDP di sini dan Ankara.

Pasukan polis anti-pengganas di bandar ini secara berasingan menahan 20 pegawai HDP termasuk ketua wilayah dan menjalanka­n operasi menggeleda­h di pelbagai alamat termasuk pejabat utama parti di sini, kata agensi berita itu.

37 anggota HDP ditahan

Pegawai atasan HDP di Ankara antara 17 anggota parti ditahan dalam serbuan di ibu kota itu, menambah 51 orang ditahan di bandar selatan Mersin dan lima di wilayah utara timur laut Manisa.

Pemimpin HDP, pembangkan­g kedua terbesar di parlimen, sudah dipenjarak­an sebelum menunggu perbicaraa­n atas dakwaan hubungan dengan PKK dan Presiden Recep Tayyip Erdogan dan pihak berkuasa Turki lain menuduh kumpulan itu menyokong keganasan. PKK diisytihar pertubuhan pengganas oleh Turki, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Sementara itu di masyarakat Kristian Koptik mengadakan upacara pengebumia­n 25 penganutny­a yang terbunuh dalam pengeboman kelmarin. Seramai 49 lain cedera dalam insiden di Gereja Koptik itu, penganut minoriti di Mesir. Tiada kumpulan mengaku bertanggun­gjawab.

Mengulas insiden sama, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kelmarin menggesa Mesir “memerangi keganasan bersama” selepas serangan terburuk ke atas penganut Kristian Koptik di Mesir sejak 2011.

Kaherah,

 ??  ?? Saudara pegawai polis Hasim Usta
Saudara pegawai polis Hasim Usta
 ??  ??
 ??  ?? yang terbunuh dalam serangan bom di luar Stadium Vodafone menangisi pemergiann­ya manakala gambar kanan mangsa serangan bom Mesir ditempatka­n dalam keranda.
yang terbunuh dalam serangan bom di luar Stadium Vodafone menangisi pemergiann­ya manakala gambar kanan mangsa serangan bom Mesir ditempatka­n dalam keranda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia