Berita Harian

Conte berang FA bakal potong mata

-

London: Antonio Conte dilihat tidak berpuas hati apabila Chelsea berkemungk­inan besar bakal berdepan pemotongan mata sebagai hukuman susulan pergaduhan yang berlaku ketika aksi membabitka­n Manchester City dan pasukan itu, minggu lalu.

Kedua-dua pasukan itu didakwa oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) atas kegagalan mengawal tingkah laku pemain yang menyebabka­n berlakunya pergaduhan pada hujung perlawanan yang berlangsun­g di Stadium Etihad.

Ini adalah kali kelima Chelsea dipanggil badan disiplin FA mengikut undang-undang E20 membabitka­n tingkah laku pemain dalam tempoh 19 bulan.

Media Britain, Sunday Mirror menyatakan insiden terbaharu itu menyebabka­n Chelsea boleh dipotong mata akibat tingkah laku buruk pemain buat kali pertama sejak 1990 apabila Manchester United dan Arsenal dihukum atas insiden sama.

Cuba jadi baik

Situasi ini pastinya memberi tamparan hebat untuk Chelsea mengukuhka­n kedudukan selaku pendahulu liga dengan bos The Blues itu memberi kritikan pedas ketika ditanya berhubung situasi terbabit selepas perlawanan bertemu West Bromwich Albion.

“Adakah anda bergurau? Pada pandangan saya, jika anda terbabit dalam satu situasi namun bukan anda yang menjadi puncanya, mengapa anda yang harus dipersalah­kan? Kenapa? Saya betul-betul tidak faham (situasi ini),” kata Conte.

“Selepas perlawanan, anda sendiri dapat saksikan bahawa pemain saya cuba untuk kekal tenang. Anda mesti jujur untuk memahami jika ia berlaku, ia adalah sama ada membabitka­n dua pasukan atau hanya satu pasukan.

“Kami bekerja keras dalam setiap perlawanan dan semuanya selesai apabila pengadil meniup wisel penamat. Sebab itulah saya katakan anda cuba bergurau,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia